Now Reading
“Kaki Saya Kat Kubur Yang Sakit” – Bengang Lif Rosak, Wanita OKU Ini Bagi Kata-kata ‘Pedas’

“Kaki Saya Kat Kubur Yang Sakit” – Bengang Lif Rosak, Wanita OKU Ini Bagi Kata-kata ‘Pedas’

Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di Johor Bahru, Johor dilaporkan mengalami kerosakan lif sejak 18 Julai lalu.

lif rosak di PPR Kempas Permai

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Apabila tinggal di perumahan yang tinggi seperti rumah flat melebihi lima tingkat, kemudahan lif adalah sangat diperlukan untuk memudahkan pergerakan turun naik penghuni setiap hari.

Namun baru-baru ini, kediaman di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di Johor Bahru, Johor dilaporkan mengalami kerosakan lif dan penduduk hanya menggunakan tangga sebagai alternatif lain.

Menerusi laporan Utusan, penduduk di PPR yang mempunyai 17 tingkat itu mendesak pihak berkuasa untuk segera memperbaiki lif di kawasan perumahan mereka selepas didakwa rosak sejak 18 Julai lalu.

PPR Kempas Permai. (Sumber: Malaysia Dateline)

Wanita OKU luah rasa sakit pada kaki dengan ayat ‘pedas’

Menerusi satu perkongsian video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (akramhalib12), salah seorang penghuni di PPR berkenaan yang merupakan wanita Orang Kurang Upaya (OKU) meluahkan kekesalannya terhadap kelewatan tindakan pihak berkuasa memperbaiki lif rosak.

Wanita tersebut dikenali sebagai Noor Azizah Sidek turut menceritakan keperitannya terpaksa naik turun tangga menggunakan kaki palsu.

Saya memang dah tak boleh tahan sebab saya pakai kaki palsu. Bila saya buka kaki saya, bukan kaki saya yang ada ni tapi kaki saya yang kat kubur tu yang sakit. Fikir macam mana untuk saya letak minyak pada kaki saya di kubur untuk menghilangkan sakit. Saya terpaksa hempas kaki saya untuk mengurangkan bisa sakit pada kaki.

Noor Azizah Sidek, penduduk PPR Kempas Permai.

Video luahan Noor Azizah itu telah mendapat perhatian orang ramai sehingga meraih 1.3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Ramai yang baru tahu tentang ‘phantom limb’

Menjengah ke ruangan komen, mereka yang juga merupakan individu OKU turut memahami kesakitan yang dilalui oleh wanita tersebut.

Pada masa sama, ramai juga yang terhibur kata-kata yang dikeluarkan bagi menggambarkan kesakitan yang dirasai.

Mungkin ada yang beranggapan luahan itu sebagai gurauan, rupa-rupanya bila baca di ruangan komen ramai memberikan keterangan tentang apa yang dilalui oleh wanita itu.

Untuk pengetahuan anda, kesakitan tersebut digelar sebagai ‘phantom limb’ iaitu anda masih terasa sakit di bahagian tubuh badan yang sudah dipotong.

Phantom limb

Phantom limb adalah keadaan di mana pesakit akan terasa seperti mereka masih mempunyai sesebuah anggota badan walaupun sudah dipotong.

Sebagai contoh, mereka tiba-tiba rasa gatal pada anggota badan yang sudah tiada. Boleh jadi mereka terasa seperti digigit semut padahal kaki atau tangan telah dipotong.

Walaupun kedengaran agak pelik, tetapi percayalah kesakitan ini wujud sebenarnya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd