Now Reading
“Sabar Itu Indah” – 19 Pelajar Perempuan Tersekat Dalam Lif, Pihak Bomba Sempat ‘Selit’ Nasihat

“Sabar Itu Indah” – 19 Pelajar Perempuan Tersekat Dalam Lif, Pihak Bomba Sempat ‘Selit’ Nasihat

Kesemua 19 orang mangsa terperangkap dalam lif berkenaan merupakan pelajar kolej di bangunan Sunsuria Avenue, Kota Damansara.

19 Pelajar Tersekat Dalam Lif Akibat Terlebih Muatan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kalau anda perasan, pada setiap lif mesti akan tertulis had muatan mengikut kilogram atau jumlah individu yang boleh memasuki lif pada satu masa.

Sesetengah lif juga akan mengeluarkan bunyi sekiranya terlebih muatan. Tetapi lain pula yang berlaku baru-baru ini di sebuah bangunan di sekitar Kota Damansara.

19 orang pelajar perempuan terperangkap dalam lif kerana terlebih muatan

Pada Sabtu lalu (13 Ogos), sebuah lif di Sunsuria Avenue, Kota Damansara dilaporkan tidak berfungsi dengan baik selepas ianya dipercayai terlebih muatan.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh, anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh memaklumkan pihak mereka menerima panggilan berhubung kejadian pada 8:26 malam.

Seramai 19 orang wanita didapati terperangkap di dalam lif pada tingkat satu itu dan difahamkan kesemua mangsa merupakan pelajar di sebuah kolej di bangunan tersebut.

Sumber: Facebook/Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh

Had muatan lif itu yang terlalu berat mengakibatkan lif tidak dapat beroperasi dengan menyeluruh.

Selepas beberapa tempoh, pihak bomba memberitahu operasi menyelamat telah berjaya mengeluarkan 19 orang mangsa dan hanya seorang sahaja dipercayai hampir pengsan di dalam lif berkenaan.

Anggota kami telah bertindak membuka pintu lif berkenaan menggunakan kunci lift. Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh.

Pihak bomba nasihat orang ramai untuk patuhi had muatan lif

Dalam satu hantaran lain, pihak bomba menasihati orang ramai untuk menggunakan lif dengan cara yang betul serta mematuhi had muatan ditetapkan.

Walaupun lif tidak mengeluarkan bunyi meskipun sudah melebihi had muatan, tetapi itu tidak bermakna lif dapat berfungsi dengan baik.

Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh.

Pengguna juga digalakkan untuk bersabar menunggu giliran bagi menggunakan lif berkenaan dengan cara yang betul bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Jika anda terperangkap dalam lif yang sesak, berkemungkinan boleh menyebabkan sesak nafas atau pengsan akibat kepanasan serta kekurangan oksigen.


Tips keselamatan jika terperangkap dalam lif

Kerosakan teknikal boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa kita ketahui. Bak kata pepatah, malang tidak berbau.

Buatnya tiba-tiba lif yang anda naiki dalam bangunan tersekat dan tidak bergerak, ini apa yang anda perlu lakukan:

  • Tenangkan diri.
    • Jangan panik dan cuba tarik nafas sedalam yang mungkin untuk membolehkan kita dapat berfikir dengan waras.
  • Tekan butang loceng atau interkom
    • Tekan butang interkom untuk berkomunikasi dan melaporkan tentang masalah yang berlaku kepada bilik kawalan.
    • Atau boleh juga tekan butang loceng untuk menarik perhatian orang ramai bagi memaklumkan anda terperangkap di dalam lif.
  • Hubungi pihak bomba
    • Jika bilik kawalan gagal memberi maklum balas, cuba hubungi talian tertera di dalam lif atau pihak bomba di Hotline 03-89214444 atau 999.

Antara perkara yang anda dilarang untuk buat ketika terperangkap dalam lif adalah:

  • Melompat atau merosakkan peralatan di dalam lif
  • Membuka lif secara paksa
  • Memanjat keluar melalui siling lif

BACA JUGA: “Kaki Saya Kat Kubur Yang Sakit” – Bengang Lif Rosak, Wanita OKU Ini Bagi Kata-kata ‘Pedas’


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd