“Berjam Tunggu Lif Dengan Stroller!” – Netizen Luah Rasa Tak Puas Hati Individu Sihat Naik Lif
Orang yang ada ‘common sense’ mesti akan berikan peluang buat pasangan suami isteri yang bawa stroller untuk menggunakan lif.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kalau pergi berjalan ke pusat membeli-belah, pasti kita akan nampak pasangan suami isteri yang membawa kereta sorong bayi (stroller), kan?
Perkara ini dilihat normal di kalangan ibu ayah yang mempunyai anak kecil.
Oleh disebabkan itu, golongan ini disarankan untuk menggunakan lif untuk naik ke paras atas, bawah, ataupun ke parkir kereta. Memanglah ada eskalator, tapi adalah lebih mudah untuk mereka menggunakan lif.
Selamat dan tidak mengambil masa yang lama.

(Sumber: Wikipedia)
Kes Kanak-kanak Tersepit Eskalator.
Baru-baru ini, tular di TikTok sebuah video di mana permasalahan ini disuarakan oleh @maslianaazmi menerusi klip yang dimuat naik setelah satu kes kanak-kanak tersepit di celah eskalator berlaku di Aman Central, Kedah.
“Aku harap sangat orang Malaysia nampak video ni. Tolong prihatin, ambil peduli. Hari ini 1 kes tersepit di celah escalator Aman Central Kedah,” tulisnya.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 115.7 ribu tontonan, diikuti hampir 5,000 likes.
Lihat video penuh di bawah:
@maslianaazmi Aku harap sangat oramg Malaysia 🇲🇾 nampak video ni . Tolong prihatin , Ambil peduli . Hari ini 1 kes tersepit di celah escalator Aman Central Kedah
♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong
Netizen Luah Rasa Tidak Puas Hati.
Susulan kes yang berlaku, netizen dilihat meluahkan perasaan tidak puas hati gara-gara wujudnya segelintir rakyat Malaysia yang tidak mempunyai sikap bertimbang rasa di luar sana.
Malas sangat nak berjalan anak-anak muda zaman sekarang.



Jadi, untuk anda yang masih sihat tubuh badan – tolonglah bersikap tolak ansur. Kalau anda berada di hadapan lif, nampak ibu bapa bawa bayi guna stroller, berilah peluang kepada mereka.
Yang sihat, muda, tengah dating – pergilah guna eskalator.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.