Malaysia Airlines Benarkan Penumpang Bawa Makanan Sendiri Untuk Laluan Penerbangan Yang Terjejas
Walau bagaimanapun, penumpang Malaysia Airlines tidak dibenarkan membawa makanan yang perlu dipanaskan serta tidak halal.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali melancong ke mana-mana destinasi menaiki kapal terbang, mesti ramai penumpang yang akan membuat tempahan makanan untuk mengisi perut mereka sebelum mendarat.
Setiap syarikat penerbangan akan menyajikan pelbagai jenis makanan seperti buah-buahan, roti sandwic, nasi ayam dan lain-lain berserta minuman.
Siap ada TikToker sebelum ini yang sanggup naik turun enam penerbangan dalam sehari semata-mata untuk membuat ‘review’ makanan dalam kapal terbang ya!
Antara menu hidangan yang dicuba oleh TikTok berkenaan adalah sate ayam, nasi lemak dan nasi ayam di dalam penerbangan AirAsia dan MYAirline.
Artikel Berkaitan: [Video] Hanya Untuk ‘Review’ Makanan, Pemuda Ini Sanggup Naik 6 Penerbangan Dalam Satu Hari
Penumpang Malaysia Airlines Boleh Bawa Makanan Sendiri Dalam Kapal Terbang
Berbicara soal makanan dalam kapal terbang, baru-baru ini syarikat penerbangan tempatan iaitu Malaysia Airlines memaklumkan bahawa penumpang mereka kini dibenarkan untuk membawa makanan sendiri di dalam pesawat.
Memetik laporan Harian Metro, keputusan ini dibuat bagi tempoh peralihan Malaysia Airlines untuk mencari penyedia perkhidmatan katering yang baharu.
Walau bagaimanapun, Malaysia Airlines Berhad (MAB) menjelaskan bahawa makanan yang perlu dipanaskan dan tidak halal adalah tidak dibenarkan.
Bagi mereka yang memesan hidangan istimewa, pilihan itu tidak tersedia buat sementara waktu. Jadi, kita benarkan mereka bawa makanan sendiri. Ini untuk laluan terjejas sahaja.
Malaysia Airlines Berhad (MAB).
Kontrak Malaysia Airlines Dan Brahim’s Food Services (BFS) Tamat Pada 31 Ogos 2023
Malaysia Airlines dan Brahim’s Food Services (BFS) sebelum ini telah menamatkan kerjasama katering dalam penerbangan pada 31 Ogos yang lalu.
Susulan itu, Malaysia Aviation Group (MAG) telah mengaktifkan Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP) bermula 1 September 2023.
Berdasarkan bahagian Soalan Lazim di laman web Malaysia Airlines, pilihan makanan dan minuman (F&B) alternatif adalah bergantung kepada keperluan cecair, aerosol dan gel (LAG) dengan had tidak melebihi 100 mililiter bagi penumpang antarabangsa yang berlepas atau transit di lapangan terbang antarabangsa di Malaysia.
Penumpang Malaysia Airlines Masih Akan Terima Makanan
Dalam tempoh peralihan ini, penumpang dalam penerbangan Malaysia Airlines tetap akan diberikan makanan serta minuman.
Bagi penumpang yang berada dalam penerbangan laluan pendek, mereka akan diberikan makanan berbungkus manakala makanan yang disemak semula akan ditawarkan untuk penerbangan yang lebih lama.
Oleh itu, pihak MAB menasihati para penumpang mereka yang terjejas untuk mengemas kini butiran di laman web menerusi ruangan ‘Tempahan Saya’ bagi memastikan mereka menerima butiran kemas kini melalui e-mel serta khidmat pesanan ringkas (SMS).
Artikel Berkaitan: Malaysia Airlines Kendali Penerbangan Oleh Semua Staf Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia
Artikel Berkaitan: Pendakwah Amerika Syarikat Puji Malaysia Airlines Kerana Sediakan Ruang Solat Dalam Kapal Terbang
Artikel Berkaitan: Malaysia Airlines Sahkan Pesawat MH2664 Balik Ke KLIA Kerana Masalah Teknikal
Sumber: Harian Metro | Malaysia Airlines
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.