Now Reading
Malaysia Airlines Kendali Penerbangan Oleh Semua Staf Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia

Malaysia Airlines Kendali Penerbangan Oleh Semua Staf Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia

Penerbangan Malaysia Airlines MH2520 dari Kuala Lumpur (KUL) ke Kuching (KCH) akan dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan wanita termasuklah juruterbang dan kru kabin.

Malaysia Airlines Kendali Penerbangan Oleh Semua Staf Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sempena Hari Wanita Sedunia yang bakal disambut esok (8 Mac), syarikat penerbangan Malaysia Airlines akan melancarkan penerbangan yang dikendalikan oleh semua staf wanita.

Proses penerbangan MH2520 dari Kuala Lumpur (KUL) ke Kuching (KCH) itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh staf wanita bagi menonjolkan peranan mereka dalam menyumbang kepada industri penerbangan.

Sejajar dengan tema Hari Wanita Sedunia iaitu ‘Meraikan Kesaksamaan‘, operasi penerbangan itu akan diawasi oleh tenaga kerja Malaysia Aviation Group (MAG) yang juga terdiri daripada semua staf wanita termasuklah dari tempat mendaftar masuk ke landasan pengisian minyak.

Malah kru kabin dan kru penerbangan juga akan dikendalikan oleh juruterbang wanita iaitu Kapten Noorsazrina Zulkifli dan Pegawai Kedua, Wong Wei Ming.

Sempena menyambut Hari Wanita Sedunia, semua penumpang MH2520 juga akan dihadiahkan patung Pilot Polly yang menjadi ‘signature’ syarikat Malaysia Airlines.

Malaysia Airlines Kendali  Penerbangan Oleh Semua Staf Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia
Sumber: klia2.info

Menerusi penerbangan yang sama, sejumlah 26.5 jejak karbon diimbangi melalui pembelian kredit karbon untuk projek alam sekitar terpilih iaitu Projek Rizab Biodiversiti Rimba Raya.

Projek tersebut adalah sebuah inisiatif oleh InfiniteEARTH yang bertujuan untuk mengurangkan pelepasan karbon di Indonesia dengan memelihara 64,000 hektar hutan paya gambut tropika.

Inisiatif ini dilihat dapat memperkasakan wanita dalam memainkan peranan aktif melibatkan pengurusan hutan berasaskan komuniti sambil menyokong perancangan keluarga dan pendidikan wanita.


Sambutan Hari Wanita Sedunia

Tarikh 8 Mac adalah Hari Wanita Sedunia yang disambut setiap tahun oleh masyarakat seluruh dunia bagi meraikan golongan ini.

Hari Wanita Sedunia diraikan bagi menghargai dan mengiktiraf setiap kejayaan yang berjaya dikecapi oleh para wanita tanpa mengira latar belakang mereka termasuklah kaum, agama dan bangsa.

Sambutan ini juga memberi perhatian kepada hak sama rata kepada wanita dalam setiap bidang termasuklah dari segi pekerjaan, pendidikan, membuat keputusan dan sebagainya.

Antara syarikat lain yang turut meraikan sambutan Hari Wanita Sedunia adalah jenama Charles & Keith menerusi pelancaran beg tangan yang diberi nama ‘Alia’.

Malaysia Airlines Kendali  Penerbangan Oleh Semua Staf Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia
Sumber: Instagram @charleskeithofficial

Difahamkan, beg Alia itu adalah keluaran istimewa sebagai tanda sokongan kepada program ‘Storytelling for Gender Equality’ anjuran Entiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Kesaksamaan Gender dan Pemerkasaan Wanita (UN Women).

BACA JUGA: Pernah Dikecam Anggap Charles & Keith Jenama Mewah, Gadis Zoe Kini Dipilih Sebagai Model Beg


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd