Now Reading
Malaysia Airlines Sahkan Pesawat MH2664 Balik Ke KLIA Kerana Masalah Teknikal

Malaysia Airlines Sahkan Pesawat MH2664 Balik Ke KLIA Kerana Masalah Teknikal

Penerbangan MH2664 ke Tawau itu mendarat semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana mengalami masalah teknikal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Satu penerbangan MH2664 ke Tawau oleh syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) baru-baru ini didakwa terjunam dari ketinggian 31,000 kaki ke 24,000 kaki dalam tempoh beberapa saat.

Perkara itu dipercayai dikongsikan di Facebook oleh salah seorang penumpang pesawat B737-800 dinaikinya itu.

Menurutnya, pesawat itu dikatakan berada dalam keadaan tidak stabil ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Tawau pada Ahad (3 April 2022).

MAS beri keterangan sebenar

Berikutan tular tentang kejadian tersebut, MAS mengesahkan bahawa penerbangan MH2664 ke Tawau mengalami masalah teknikal dan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira faktor cuaca yang tidak selamat semasa penerbangan.

Juruterbang kami terpaksa melakukan penerbangan semula ke KLIA sebagai langkah berjaga-jaga demi melindungi keselamatan semua penumpang serta kabin kru.

Malayia Airlines.

Pesawat tersebut dipercayai selamat mendarat semula di KLIA pada jam 5.03 petang pada hari yang sama.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd