Now Reading
#JusticeForBella: Siti Bainun Lantik Semula Salah Seorang Peguam Yang Pernah Tarik Diri

#JusticeForBella: Siti Bainun Lantik Semula Salah Seorang Peguam Yang Pernah Tarik Diri

Pelantikan semula Mohammad Farhan Maaruf sebagai peguam Siti Bainun telah dimaklumkan kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

siti bainun

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 27 Januari lalu, pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun Ahd Razali telah diarahkan untuk memberi keterangan bagi membela diri berhubung pertuduhan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down bernama Bella.

Namun, barisan peguam yang dilantik oleh Siti Bainun telah menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan.

Menurut Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Izralizam Sanusi, prosiding tersebut tetap perlu diteruskan meskipun Siti Bainun tidak berwakilkan mana-mana peguam kerana tidak mahu menganggu perjalanan kes.

Hakim Izralizam Sanusi telah mengarahkan Siti Bainun untuk membaca pernyataan saksinya setebal hampir 200 muka surat.

BACA JUGA: Prosiding Siti Bainun Tetap Diteruskan Meskipun Tidak Diwakili Peguam

#JusticeForBella: Mohammad Farhan Maaruf Dilantik Semula Sebagai Peguam Siti Bainun

Memetik laporan Astro Awani, Siti Bainun melantik semula salah seorang peguam iaitu Mohammad Farhan Maaruf yang sebelum ini pernah mewakilinya bagi mengendalikan prosiding pembelaan diri kes melibatkan adik Bella.

Pelantikan ini juga telah dimaklumkan kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) ketika proses prosiding membela diri Siti Bainun pada hari ini (20 Februari).

Siti Bainun menjelaskan dia sebenarnya masih berhubung dengan peguam-peguam lama yang pernah membantunya.

Saya memang menunggu peguam lama dan masih berhubung dengan peguam-peguam sebelum ini yang pernah membantu saya.

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun.

Malah, Mohammad Farhan juga telah mengesahkan pelantikan tersebut dan memaklumkan kepada pihak mahkamah.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas memohon pihak mahkamah untuk merekodkan kesemua kronologi penarikan peguam yang mewakili Siti Bainun dalam kes melibatkan adik Bella ini.

Saya memohon agar pihak mahkamah merekodkan Mohammad Farhan telah menarik diri pada 13 Januari lepas, diikuti dengan peguam Nur Ellena Mohamed Razif dan Asiah Abd Jalil. Peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor telah membuat permohonan penarikan diri secara terbuka di mahkamah dan Nurul Hafidzah Hassan pula membuat permohonan sama secara bertulis.

Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas.

Sebelum ini, Siti Bainun dilihat mengalirkan air mata selepas pihak mahkamah memaklumkan tentang notis penarikan diri dua orang peguamnya iaitu Asiah Jalil dan Nurul Hafidzah Hassan pada 16 Januari lalu.

BACA JUGA: Siti Bainun Menangis Di Kandang Saksi Gara-gara 2 Peguam Tarik Diri Saat Akhir

Siti Bainun diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen pada 24 November lalu untuk membela diri di atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiayai adik Bella sehingga mangsa mengalami kecederaan pada tubuh badan.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara bulan Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun bakal berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

BACA JUGA: #JusticeForBella: Pengasas Rumah Bonda Dera OKU, Saksi Dakwa Bella Dicili & Dijirus Air Panas

BACA JUGA: #JusticeForBella: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Didakwa Abai Kanak-kanak Sindrom Down

BACA JUGA: #JusticeForBella: Siti Bainun Diarah Bela Diri Atas 2 Pertuduhan


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd