Now Reading
#JusticeForBella: Siti Bainun MC 22 Hari, Mohon Tangguh Kes Perbicaraan

#JusticeForBella: Siti Bainun MC 22 Hari, Mohon Tangguh Kes Perbicaraan

Siti Bainun diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari sehingga 19 Disember kerana masalah kesihatan akibat dijangkiti bakteria.

#JusticeForBella: Siti Bainun MC 22 Hari, Mohon Tangguh Kes Perbicaraan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan OKU dikenali sebagai Bella yang berlaku di sebuah pusat jagaan mendapat perhatian ramai sejak Julai 2021 sehingga kini.

Hashtag #JusticeForBella juga trending di media sosial sebagai tanda sokongan orang ramai yang mahukan pembelaan terhadap kanak-kanak perempuan itu.

BACA JUGA: TLDR; #JusticeForBella Trending Di Media Sosial. Beberapa Pihak Bongkar Segalanya

Sumber: MalayMail

Pada Ogos lalu, pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun berusia 29 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan mengabaikan Bella yang juga seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down.

Kemudian pada 24 November lalu, Siti Bainun diarah membela diri oleh Hakim Izralizam Sanusi selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap semua pertuduhan.

Mahkamah juga telah menetapkan tarikh perbicaraan untuk Siti Bainun membela diri pada 5, 6, 7, 8 dan 9 Disember 2022.

BACA JUGA: #JusticeForBella: Siti Bainun Diarah Bela Diri Atas 2 Pertuduhan

Siti Bainun Mohon Tangguh Perbicaraan Gara-gara Terima Cuti Sakit 22 Hari

Memetik laporan Berita Harian, Siti Bainun diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari sehingga 19 Disember kerana masalah kesihatan.

Sumber: MalayMail

Peguam Siti Bainun iaitu Nur ‘Aminahtul Mardiah Md Nor memaklumkan pengasas Rumah Bonda itu dijangkiti bakteria dan perlu mengambil antibiotik selama 15 hari sebelem menjalani pembedahan hempedu.

Siti Bainun yang dikecualikan kehadiran pada sebutan kes hari ini diberi kebenaran untuk keluar dari hospital jam 9:00 malam semalam. Laporan terkini kesihatan dan sijil cuti sakit Siti Bainun akan dikemukakan kepada mahkamah.

Peguam Siti Bainun iaitu Nur ‘Aminahtul Mardiah Md Nor.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas pula memohon agar doktor terlibat dipanggil untuk memberikan keterangan tentang laporan kesihatan yang dikeluarkan untuk Siti Bainun.

Gambar-gambar dalam laporan kesihatan mempunyai banyak terma saintifik yang membuatkan kami kurang faham. Disebabkan itu, kami mohon doktor tersebut dipanggil bagi memberi keterangan tentang laporan berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas.

Berikutan itu, Hakim Izralizam Sanusi telah meminta kedua-dua pihak memfailkan hujahan permohonan mengikut Seksyen 173 KPJ itu sebelum jam 4.30 petang esok (8 Disember).

Izralizam juga akan memutuskan tarikh baharu prosiding bela diri kes Siti Bainun pada esok.

BACA JUGA: #JusticeForBella: Pengasas Rumah Bonda Dera OKU, Saksi Dakwa Bella Dicili & Dijirus Air Panas

BACA JUGA: #JusticeForBella: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Didakwa Abai Kanak-kanak Sindrom Down


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd