Now Reading
[Terkini] Siti Bainun Didapati Bersalah Atas Tuduhan Abai & Aniaya Remaja Down Sindrom, Bella

[Terkini] Siti Bainun Didapati Bersalah Atas Tuduhan Abai & Aniaya Remaja Down Sindrom, Bella

Hakim Izralizam Sanusi dalam keputusannya menjelaskan bahawa pembelaan Siti Bainun bukan sahaja tidak dapat dipercayai atau diterima, malah ia gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terbaharu, Mahkamah Sesyen hari ini (3 Mei) memutuskan bahawa Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah terhadap dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Izralizam Sanusi mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes.

Berikutan itu, Siti Bainun boleh berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Namun, mahkamah pula memutuskan untuk menjatuhi hukuman penjara berjumlah 22 tahun kepada Siti Bainun dengan tempoh 10 tahun akibat mengabaikan Bella dan 12 tahun kerana menganiaya kanak-kanak Sindrom Down itu.

Izralizam turut memerintahkan agar hukuman itu dikenakan bermula hari ini (3 Mei 2023).

Walau bagaimanapun, peguam bela Siti Bainun Mohammad Farhan Maaruf menyentuh tentang keadaan fizikal dan kesihatan Siti Bainun yang tidak mampu dijaga oleh pihak penjara jika dia dijatuhi hukuman berkenaan.

Hukuman penjara ini tidak menghukum Siti Bainun tetapi akan memberi kesan kepada ibunya yang berada di bawah jagaan Siti Bainun.

Peguam bela Siti Bainun, Mohammad Farhan Maaruf.

Malah, Farhan turut memberi cadangan agar hukuman penjara itu digantikan dengan sejumlah denda seperti mana yang diperuntukkan di bawah undang-undang dua pertuduhan kes berkenaan.

Namun begitu, timbalan pendakwa raya Zahida Zakaria menyangkal hujahan Mohammah Farhan dengan mengatakan bahawa kesalahan Siti Bainun yang dirangka di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 adalah satu kesalahan serius.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd