Now Reading
#JusticeForBella: Siti Bainun Diarah Bela Diri Atas 2 Pertuduhan

#JusticeForBella: Siti Bainun Diarah Bela Diri Atas 2 Pertuduhan

Siti Bainun didakwa telah mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down iaitu Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Siti Murni
siti bainun

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, pada Julai tahun lalu, media sosial pernah dibanjiri oleh isu mengenai penderaan fizikal kepada seorang kanak-kanak perempuan OKU yang dikenali sebagai Bella.

Oleh disebabkan kes itu juga, hashtag #JusticeForBella pernah trending di Twitter, Facebook, dan juga Instagram.

BACA SINI: TLDR; #JusticeForBella Trending Di Media Sosial. Beberapa Pihak Bongkar Segalanya

Walau bagaimanapun, pada 20 Ogos lalu, Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di atas pertuduhan mengabaikan Bella yang juga seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down.

Menurut laporan Bernama, Siti Bainun, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak itu telah mengabaikan mangsa sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

siti bainun

BACA SINI: #JusticeForBella: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Didakwa Abai Kanak-kanak Sindrom Down


Mahkamah Arah Siti Bainun Bela Diri Berhubung 2 Pertuduhan

Memetik laporan Harian Metro, Mahkamah Sesyen hari ini (24 November) memerintah Siti Bainun untuk membela diri berhubung dengan dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella.

Keputusan tersebut telah dibacakan oleh Hakim Izralizam Sanusi selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap semua pertuduhan di akhir kes pendakwaan itu.

Mahkamah juga telah menetapkan tarikh perbicaraan untuk Siti Bainun membela diri pada 5, 6, 7, 8 dan 9 Disember depan.

Untuk rekod, pada 28 Oktober lalu pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 22 saksi pada perbicaraan kes itu yang bermula 30 Mac lalu.

Selain Bella, saksi lain termasuk bekas penghuni Rumah Bonda iaitu Yasmin Nahar Mahmood, pakar psikiatri Dr Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik Dr Salmi Mohamed Shukur.

siti bainun
Sumber: Harian Metro

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

BACA JUGA: YM Che Puan Khaleeda Promises To Get Justice For Bella In Rumah Bonda Trial

BACA JUGA: TMJ Offers His Lawyers’ Services For Free To Help Bella In Rumah Bonda Abuse Case


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd