Now Reading
#JusticeForBella: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Didakwa Abai Kanak-kanak Sindrom Down

#JusticeForBella: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Didakwa Abai Kanak-kanak Sindrom Down

Mahkamah membenarkan tertuduh (Siti Bainun) diikat jamin RM12,000 dengan syarat dilarang mengganggu mangsa, serahkan pasport kepada mahkamah, dan melaporkan diri di balai polis berdekatan.

siti bainun

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Terdahulu, media sosial telah kecoh dengan isu mengenai penderaan fizikal kepada seorang kanak-kanak perempuan OKU yang dikenali sebagai Bella.

Oleh disebabkan itu, hashtag #JusticeForBella dilihat pernah membanjiri Twitter, Facebook, dan juga Instagram.

BACA SINI: TLDR; #JusticeForBella Trending Di Media Sosial. Beberapa Pihak Bongkar Segalanya

Kes tentang Bella ini telah mula tular sejak beberapa bulan yang lalu.

Namun, baru hari ini (20 Ogos), Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di atas pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun iaitu Bella.

Menurut laporan Bernama, Siti Bainun, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak itu telah mengabaikan mangsa sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Siti Bainun boleh didenda, dipenjara, atau kedua-duanya jika bersalah

Kredit: Harian Metro

Siti Bainun dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di antara Februari dan Jun tahun ini mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Noor Shakira Aliana Alias mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan.

Kes ini adalah kepentingan awam dan mendapat perhatian media. Pihak kerajaan juga memandang serius terhadap kes pengabaian kanak-kanak. Mangsa dalam kes ini adalah Orang Kurang Upaya (OKU), Sindrom Down.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Noor Shakira Aliana Alias melalui Bernama.

Peguam Siti Bainun buat rayuan

Peguam Nur Aminahtul Mardiah Md Nor yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum dengan alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis selain berjanji akan hadir ke mahkamah sepanjang prosiding kes kerana mahu membersihkan semula namanya.

Mahkamah selepas itu membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 kepada seorang penjamin berserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa, serahkan pasport kepada mahkamah, dan melaporkan diri di balai polis berdekatan.

Sebutan semua kes akan berlangsung pada 4 Oktober nanti.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd