TLDR; #JusticeForBella Trending Di Media Sosial. Beberapa Pihak Bongkar Segalanya
Apa jua pengakhirannya, semoga keadilan buat adik Bella ditegakkan seadil-adilnya oleh pihak yang berkuasa. #JusticeForBella
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Seperti yang dilihat, media sosial kini dibanjiri oleh isu mengenai penderaan fizikal kepada seorang kanak-kanak perempuan OKU yang dikenali sebagai Bella. Oleh disebabkan itu, hashtag #JusticeForBella kini boleh dilihat di Twitter, Facebook, dan juga Instagram.
Malah, rata-rata selebriti terkenal tanah air juga turut meluahkan rasa marah, simpati, serta terkilan dengan apa yang terjadi kepada anak syurga ini.
Mungkin ramai yang terpinga-pinga siapa sebenarnya Bella dan apa yang telah berlaku kepadanya sehingga membuatkan namanya mendapat momentum di media sosial pada ketika ini.
Seorang pengguna Twitter iaitu Akhi Fairuz Al-Jengkawi melalui laman Twitter miliknya telah membongkarkan tentang isu ini.
Penceritaan melalui rangkaian tweets tersebut dimuat naik pada 12 Julai 2021 dan sehingga kini berjaya meraih lebih 61 ribu retweets.
Siapa Bella? Apa yang dah berlaku kepada anak kecil ini? Kenapa beza sangat keadaan beliau pada tahun ni?
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 12, 2021
Ini threadnya…#JusticeForBella
Bella (2020) Bella (2021) pic.twitter.com/Ff34OagyrY
Menurutnya, adik Bella ini anak Down Syndrome yang berusia 13 tahun. Beliau ditemui sekitar usia 7 tahun sedang mundar mandir seorang diri di sekitar Kuala Lumpur. Ada yang memaklumkan, Bella anak yatim piatu tapi tak dapat disahkan secara rasmi. Maka, ada hamba Allah laporkan pasal Bella kepada pihak JKM.
Jadi, pihak JKM ambil adik Bella dan tempatkan beliau di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah di Negeri Sembilan. Segalanya baik di sana. Bella happy. Segalanya baik-baik sahaja.
Sehinggalah usianya mencecah 12 tahun di mana adik Bella dibawa ke mahkamah untuk disambung perintah penjagaan di rumah berkenaan. Ianya prosedur biasa. Kebetulan di mahkamah ketika itu adanya Siti Bainun yang merupakan pengasas Rumah Bonda (RB). Beliau di situ untuk uruskan hal mahkamah anak-anak di RB.
Dipendekkan cerita, Siti Bainun minta hakim bagi peluang kepadanya untuk jaga Bella. Beliau mendakwa dirinya suka kanak-kanak down syndrome. Apatah lagi beliau turut menjaga beberapa orang lagi kanak-kanak. Sejak dari itu, Bella ditempatkan di RB dari Julai 2020 hingga Oktober 2020.
Rumah Bonda (RB) menempatkan gadis yang hamil anak luar nikah. Kenapa Bella di situ?
Rumah Bonda (RB) ni menempatkan gadis yang hamil luar nikah. Jadi agak pelik bagaimana Bella pun diletak disitu.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 12, 2021
Dlm 4 bulan juga Bella di rumah berkenaan. Dipendekkan cerita, Bella dibawa menetap di kondo milik Siti Bainun.
Maka, sejak dari saat itu sukarelawan Rumah Bonda terputus hubungan dgn Bella. Tak ada langsung dgr khabar berita.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 12, 2021
Sekitar Feb & Mac tahun ni, sukarelawan RB ada jumpa Bella di kondo, tapi masa tu belum ada kesan cedera secara fizikal. Bella pun ada maklum taknak duduk di situ.
Tapi yalah, apa yang sukarelawan tu boleh buat, dia bukannya pengasas Rumah Bonda.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 12, 2021
Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, then pada 23 Jun yang lepas semua penghuni RB dan anak2 di kondo dikuarantin kerana kes covid.
Dan inilah permulaan semuanya terdedah!
Kejadian yang sedih dan pilu berlaku apabila sukarelawan berkenaan berjaya masuk ke dalam kondo milik Siti Bainun dan melihat sendiri bagaimana keadaan Bella di sana.
Sukarelawan berkenaan agak pelik kenapa budak-budak di kondo termasuk Bella tak dihantar ke hospital. Walhal Siti Bainun tu kontek rapat.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 12, 2021
Jadi, akhirnya sukarelawan berkenaan berjaya masuk ke kondo dan melihat keadaan Bella yang cukup menyedihkan.
Amat!!
Keadaan Bella begitu menyedihkan.
Badannya semakin kurus, jika dibandingkan dengan tahun lalu di mana dia masih ceria, badan pun berisi, dan masih mampu tersenyum.
Part 1 pic.twitter.com/3oC2eOhqzc
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 12, 2021
Part 2 pic.twitter.com/BKqutdwRv2
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 12, 2021
Part 3 pic.twitter.com/66OzpiqJUG
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 12, 2021
Part 4 pic.twitter.com/JKxrnklhD2
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 12, 2021
Kronologi selepas Bella ditemui
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fdaus Ahmad juga telah berjaya membongkar segala kebenaran mengenai Bella selepas ditemui dalam keadaan yang memilukan itu.
Tulisan penuh oleh Fdaus itu telah dikongsikan di laman Facebook miliknya pada 12 Julai 2021, jam 9:15 am.
“Bella : Tip of the iceberg. Beberapa hari lepas aku ada berbual panjang dengan seorang kawan. Kawan ni aku dah kenal lebih kurang 16 tahun masa aku mula kerja di KLCC. Selain kerja hakiki, dia memang aktif dengan aktiviti NGO rajin tolong orang sana sini.
“Lepas aku resign tahun 2013 aku tak jumpa dia dah. Jumpa di FB je atau kadang kadang berborak di wassap. Tapi hari tu dia wassap aku dan bgtau nak ceritakan something.
“Something yang dimaksudkan ni ialah cerita kebenaran tentang Bella anak SD yang teruk kena dera (Masa ni isu Bella baru gain momentum di media sosial). Aku cakap ok call aku anytime kau free, aku bersedia. Tak lama lepas tu fon aku ringing, dan lepas borak ringan lebih kurang kawan aku mulakan cerita;
*Aku tulis dalam point form supaya lebih mudah.”
- Aku pergi kondo rumah sewa Bainun cari Bella. Bila aku tahu Bainun kena Covid dan kena hantar ke Sg Buluh, aku jadi pelik sebab budak budak yang 5-6 orang di kondo tu termasuk Bella tu macam mana? Tak test Covid ke? Aku dah lama tak jumpa Bella last jumpa awal tahun ni. Bila aku nak jumpa Bella Bainun akan mengelak bagi alasan macam macam. Aku pun hairan, Bainun ni dah macam adik aku tapi kenapa dia macam nak taknak aku jumpa Bella? So now Bainun dah ke Sg Buluh, ini peluang aku jumpa Bella! Tapi macam mana aku nak masuk kondo?”
- Aku call adik yang setiap hari provide makan ke kondo, aku cakap aku ada nak bagi makanan. Aku dapat pinjam akses kad. That’s it masa aku sampai depan pintu, aku terus panggil Bella.
- Bella keluar dari bilik stor, muka dia lemah, dari depan pintu aku dah nampak penuh luka bernanah di tangan kanan Bella. Masa ni mata aku dah berair – suspicious aku selama ni jadi kenyataan! Patutlah masa aku jemput birthday party dulu Bella tak datang, patutlah Bainun asyik elak bila aku nak jumpa Bella! Patutlah macam ada something wrong!
- Aku rasionalkan fikiran, walaupun masa ni air mata dah berambu. Aku tahu inilah bukti aku kena simpan untuk hukum si pendera durjana! Ketar tangan aku onkan video henfon, sebak pecah hati remuk emosi aku masa Bella tanggalkan lengan baju tangan kiri tu. Astaghfirullahalaziem patutlah dia pakai baju luar, penjenayah nak sorok luka yang punya teruk seluruh badan! Ko boleh dengar suara aku menangis nangis dalam video tu, aku tak tahan! Bella yang elok comel beberapa bulan lepas hari ni depan mata aku jadi macam ni, macam binatang kena seksa.
- Orang pertama aku call masa tu Syed Azmi. Dia tak percaya dan minta aku urus sendiri kalau aku yakin tu kes dera. While dia janji nak call JKM immediately. Aku masa tu dengan luluh hati terus bawa Bella ke HKL, bayangkan 6 jam aku di HKL nak selesaikan urusan Bella, sampai terketar ketar kaki. Nurse HKL punya kesiankan Bella dia belikan nasi goreng kasi Bella makan, nasi tu jatuh 2-3 biji luar bungkusan Bella kutip semula ambil makan. Ya Tuhan betapa lapar Bella, dan betapa punya lama dia tak diberi makan yang sempurna. Di HKL pun aku masih menangis. Husband aku datang bawa biskut etc pun habis semua Bella makan, punya lapar dia. Paling aku kecewa, Syed Azmi tak return call aku. In fact esoknya aku check dengan JKM ada tak sesiapa buat laporan pasal penderaan di RB? Jawapan pegawai JKM – TIDAK ADA! Dia janji nak call, tapi malang apa pun tak dibuat.
- Aku buat laporan polis. Report yang Scrut viralkan tu aku lah yang buat. Aku dapat tahu cerita dari budak budak lain, mungkin semua takut bila aku tahu Bella kena dera. Rupanya Bella setiap pukul 6.30 pagi kena berdiri tepi dinding, tak diberi makan. Kalau nampak dia duduk budak budak lain akan pukul. Yaa pendera Bella bukan sorang, tapi hampir semua 5 orang budak budak yang duduk di kondo Bainun tu terlibat dalam kecelakaan mendera Bella, hari hari! Bella ni sampai diikat tangan sumbat dalam stor!
- Bella budak baik, budak tak buat masalah, tak kacau orang, tapi kenapa dia kena dera sampai macam tu? Ini bukan setakat dera, ini ATTEMPTED MURDER! Aku akan pastikan semua yang terlibat kena hukum!
- And you guess what? Hari ni (hari yang kami berborak) aku dan Kak Mona terima LOD dari peguam Bainun. Dia nak saman kami. Bayangkan aku yang selamatkan Bella yang dah separuh mati kena dera, Kak Mona pula lawan di FB tegakkan kebenaran – sudahnya kami yang nak kena saman. Gila!
- Aku dah kontek sorang peguam kawan aku untuk respond LOD tu”(At this point aku bgtau yang Scrut pun dah sediakan seorang peguam untuk defend).
- Aku masih trauma. Tak dapat tidor malam, in fact dah jadi depression sejak aku jumpa Bella dalam keadaan menyayat hati macam tu.Dan kau tahu apa yang paling gila? Bella ditinggalkan dalam keadaan dia positive Covid. Ya Bella positive Covid, tapi orang yang konon konon jaga Bella ni tak nak dedahkan, sebab apa? Kalau Bella keluar konfemlah kantoi KKM nampak kecederaan badan sana sini yang sangat teruk.
Bersusah payah memikirkan bagaimana cara untuk jumpa Bella
“Ya tuan puan, kawan aku ni lah hero sebenar yang bersusah payah buat akal nak jumpa Bella, selamatkan Bella bawa ke hospital, buat report polis buat dan segala benda demi Bella. Kalau dia tak jumpa Bella entah kan mati budak tu tak lama lagi. Semua video yang dirakam, gambar luka luka badan Bella yang didera – kawan aku ni lah yang rekod simpan semua bukti,” jelasnya.
Kenapa tajuk posting ini adalah ‘Tip Of The Iceberg”?
Menurutnya, dengan munculnya kes Bella telah timbul pelbagai persoalan lain seperti;
- Kenapa setelah berbelas hari masih belum ada tahanan?
- Kenapa si pendera masih bebas siap boleh saman orang? Adakah dia ada bekap politik?
- Kenapa RB boleh beroperasi sebegitu rupa?
- kenapa ramai budak termasuk Bella (SD) dijaga oleh sorang perempuan yang belum berkahwin? JKM benarkan mengapa?
- Dah ada aduan ex RB yang start buka mulut, mereka dulu pun ada yang kena pukul kena dera. Bukti bukti ini sedang dikutip. Siap lah!
- Makin banyak cerita under carpet muncul, yang kalau kita susun infographicnya boleh jadi berselirat dan kompleks.
Dia turut menjelaskan bahawa pada 10 Julai lalu mereka sepatutnya buat live session anjuran Scrut untuk menerangkan naratif sebenar tentang Bella dan RB.
Poster dan panel semuanya sudah disediakan, tapi last minit call off sebab rakannya itu masih trauma dan tak sanggup untuk bercerita kepada audience. Cukuplah katanya dia cerita pada beberapa pihak yang berkaitan serta peguam.
Berikut merupakan laporan polis yang telah dibuat pada 24 Jun 2021 oleh ‘whistleblower’ yang tidak didedahkan identiti sebenar.
Kes ini juga telah dibongkar sendiri oleh Puan Mona Din di laman Facebook miliknya.
Laporan polis dibuat pada 24 Jun 2021 yang lepas. Tapi lepas tu tak pasti apa terjadi.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 12, 2021
Hinggalah kes ini dibongkar oleh Puan Mona Din di facebook!
Link : https://t.co/JzdYEnKvcI pic.twitter.com/HH1zpFl6ub
Selepas kes ini tular, Siti Bainun terus ditahan pihak polis. Namun dilepaskan atas jaminan pihak polis. Walhal kes-kes sebelum ni suspek akan ditahan reman.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 12, 2021
Bayangkanlah, report 24 Jun, 6 Julai baru ada beritanya. pic.twitter.com/J9iTtk9N7Y
Nama Syed Azmi turut terpalit. Siapakah dia?
Untuk pengetahuan anda, melalui penjelasan pihak berkaitan; Syed Azmi adalah penasihat Rumah Bonda (RB).
Manakala Siti Bainun pula merupakan pengasas merangkap pengurus RB.
Selain Siti Bainun, aktivis kanak2 Syed Azmi juga terpalit sama dalam isu ini.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 12, 2021
Syed Azmi adalah penasihat Rumah Bonda. Siti Bainun pula pengasas merangkap pengurus rumah berkenaan.
Berikut press statement Tuan Syed Azmi. pic.twitter.com/JBaBjLfCUK
Muncul beberapa keraguan mengenai kes ini setelah Syed Azmi memaklumkan kepada orang ramai di dalam kenyataan yang dibuat di atas bahawasanya Bella bukan penghuni di RB dan turut menyebut bahawa tidak pernah bertemu dengannya.
Cuma ada beberapa keraguan dalam kes ini.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 12, 2021
Dimaklumkan Bella tak duduk di Rumah Bonda. Syed Azmi juga menyebut tidak pernah bertemu Bella.
Jadi, yang di dalam Wanita Hari Ini bertarikh 31 Julai 2020 berbaju oren tu siapa? pic.twitter.com/NWn4MFLCe2
Lagipun faktanya adalah Bella duduk di Rumah Bonda sejak Julai hingga Oktober 2020.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 12, 2021
Dan nak dijadikan cerita, lepas kisah Bella viral, pihak berkuasa dapati Rumah Bonda tidak didaftarkan. pic.twitter.com/yVCzDIaeTB
Lebih menghairankan, bagaimana seorang individu yang berusia 28 tahun, masih lagi bujang mendapat kelulusan untuk menjaga 7 orang anak angkat di rumah? Pulak tu handle gadis2 di Rumah Bonda lagi.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 12, 2021
Ulasan saya di fb : https://t.co/K2wmROzULY pic.twitter.com/khLJswxB3G
Setakat ini, hak penjagaan Bella juga telah dilucutkan dari Siti Bainun.
Dan kemudian, YB Rina Harun pula sebutkan hak penjagaan Bella dilucutkan dari Siti Bainun. pic.twitter.com/1m4JLlszLv
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 12, 2021
Lawyer yang dikenali sebagai Puan Nor Zabetha turut mengeluarkan kenyataan mengenai hak penjagaan seorang penjaga;
Katakanlah Bella bukan didera, kot2 terkena minyak panas ke, melecur kena air menggelegak ke, penjaga iaitu Situ Bainun tetap bersalah dan bertanggungjawab.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 12, 2021
Ini jawapan Lawyer Puan Nor Zabetha : pic.twitter.com/t2fuxOqWM1
Di bawah merupakan perbualan melalui WhatsApp di antara Puan Mona dan Syed Azmi di mana Puan Mona cuba untuk bertanyakan tentang kes penderaan Bella, sama ada perkara itu diketahui oleh Syed Azmi atau sebaliknya.
Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh Syed Azmi sendiri;
Link : https://t.co/KeL32YpRfc pic.twitter.com/x0JJ6FHMYj
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 12, 2021
Pada 6 Julai 2021, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Saiful Annuar turut mengeluarkan kenyataan mengenai kes penderaan Bella ini;
Statement dari pihak polis.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 12, 2021
Link : https://t.co/pie3044OM8 pic.twitter.com/3IsIutZ9nf
Tidak lama kemudian, Syed Azmi tampil perjelas segalanya
Apa jua pengakhirannya, semoga keadilan buat adik Bella ditegakkan seadil-adilnya oleh pihak yang berkuasa. #JusticeForBella
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.