Now Reading
Siti Bainun Menangis Di Kandang Saksi Gara-gara 2 Peguam Tarik Diri Saat Akhir

Siti Bainun Menangis Di Kandang Saksi Gara-gara 2 Peguam Tarik Diri Saat Akhir

Siti Bainun dilihat mengesat air mata saat Hakim Izralizam Sanusi memaklumkan bahawa mahkamah telah menerima notis penarikan diri daripada peguam, Asiah Jalil dan Nurul Nurul Hafidzah Hassan pada jam 9 malam, Isnin (16 Januari).

siti bainun

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (16 Januari), prosiding bela diri yang membabitkan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun sepatutnya berlangsung setelah dia berdepan dengan tuduhan mengabai serta menganiaya kanak-kanak perempuan Sindrom Down, iaitu Bella.

BACA LANJUT: TLDR; #JusticeForBella Trending Di Media Sosial. Beberapa Pihak Bongkar Segalanya

Prosiding bela diri yang sepatutnya berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur itu akhirnya ditangguhkan gara-gara barisan peguam yang mewakili Siti Bainun dilaporkan telah menarik diri daripada kes berkenaan.

BACA LANJUT: Kes Penderaan Adik Bella: Kesemua 10 Peguam Siti Bainun Tarik Diri

Tindakan menarik diri tersebut menyebabkan prosiding tergendala sehingga pihak mahkamah terpaksa menangguhkan kes kepada hari ini (17 Januari) agar Siti Bainun dapat melantik peguam baru.

Perkara itu disahkan sendiri oleh oleh Peguam Pemerhati Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim iaitu Datuk Khairul Anwar Rahmat menerusi satu hantaran di Facebook.


Siti Bainun Menangis Di Kandang Saksi

Tindakan dua orang peguam yang menarik diri di saat akhir ketika prosiding bela diri kes berkenaan menyebabkan Siti Bainun menangis di kandang saksi di Mahkamah Sesyen, hari ini (17 Januari).

Siti Bainun dilihat mengesat air mata saat Hakim Izralizam Sanusi memaklumkan bahawa mahkamah telah menerima notis penarikan diri daripada peguam, Asiah Jalil dan Nurul Nurul Hafidzah Hassan pada jam 9 malam, Isnin (16 Januari).

Penarikan dua peguam ini menjadikan kesemua peguam dari lima firma terlibat tidak lagi mewakili Siti Bainun dalam prosiding bela diri tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian, berikut merupakan dialog perbualan di antara Hakim dengan Siti Bainun ketika di prosiding sedang berjalan:

  • Izralizam: Kamu tahu tak, mereka mahu tarik diri?
  • Siti Bainun: Puan Asiah ada beritahu Sabtu lalu, boleh nak tarik diri sebab ada pertindihan jadual, tapi beliau tak ada cakap, betul-betul nak tarik diri, tak apalah Yang Arif, saya akan cuba bincang semula.
  • Izralizam: Saya juga ada terima notis penarikan diri peguam, difailkan jam 9 malam tadi, sekiranya ada pertindihan tarikh, peguam perlu buat permohonan berserta alasan, untuk saya pertimbangkan.

Mengulas lanjut, Hakim turut menasihati tertuduh (Siti Bainun) untuk membuat aduan kepada Majlis Peguam sekiranya dia terasa teraniaya dengan tindakan peguam-peguam berkenaan.

Mahkamah tak salahkan atau marahkan kamu, tetapi kalau kamu sendiri tidak beri arahan, macam mana mereka nak bersedia?

Hakim Izralizam Sanusi, menerusi laporan Sinar Harian.

Ketika disoal mengenai sama ada Siti Bainun membenarkan peguam-peguamnya menarik diri atau tidak, dia menjawab tidak.

Hakim seterusnya menasihati tertuduh agar melantik peguam yang lebih bertanggungjawab untuk mengendalikan kesnya itu.

Seorang sahaja sudah memadai untuk mengendalikan kes, kalau banyak firma tapi berlaku macam ini, ia tidak memberi manfaat kepada kamu juga.

Hakim Izralizam Sanusi, menerusi laporan Sinar Harian.

Oleh disebabkan itu, mahkamah kemudiannya menetapkan 26 dan 27 Januari ini bagi sambungan perbicaraan bela diri, manakala prosiding yang dijadualkan berlangsung hingga Jumaat ini dilapangkan.

Siti Bainun dalam masa yang sama dikehendaki memaklumkan tentang status lantikan peguam baru pada tarikh yang telah ditetapkan itu.

Untuk rekod, tiga peguam yang menarik diri daripada mewakili Siti Bainun adalah Mohammad Farhan Maaruf, Nur Ellena Mohamed Razif dan Nur A’minahtul Mardiah Md Nor.

Masing-masing telah memfailkan permohonan tersebut secara bertulis pada Jumaat (13 Januari), manakala Nur A’minahtul membuat permohonan menarik diri secara terbuka.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd