Now Reading
Prosiding Siti Bainun Tetap Diteruskan Meskipun Tidak Diwakili Peguam

Prosiding Siti Bainun Tetap Diteruskan Meskipun Tidak Diwakili Peguam

Ketika prosiding, Siti Bainun juga telah memaklumkan bahawa dia sudah berbincang dengan peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

siti bainun

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, pada 16 Januari lalu, prosiding bela diri yang membabitkan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun sepatutnya berlangsung setelah dia berdepan dengan tuduhan mengabai serta menganiaya kanak-kanak perempuan Sindrom Down, iaitu Bella.

BACA LANJUTTLDR; #JusticeForBella Trending Di Media Sosial. Beberapa Pihak Bongkar Segalanya

Prosiding bela diri yang sepatutnya berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur itu akhirnya ditangguhkan gara-gara barisan peguam yang mewakili Siti Bainun dilaporkan telah menarik diri daripada kes berkenaan.

Tindakan menarik diri tersebut menyebabkan prosiding tergendala sehingga pihak mahkamah terpaksa menangguhkan kes kepada 17 Januari agar Siti Bainun dapat melantik peguam baru.

BACA LANJUT: Kes Penderaan Adik Bella: Kesemua 10 Peguam Siti Bainun Tarik Diri

Mengulas lanjut, tindakan dua orang peguam yang menarik diri di saat akhir ketika prosiding bela diri kes berkenaan menyebabkan Siti Bainun menangis di kandang saksi di Mahkamah Sesyen.

Siti Bainun dilihat mengesat air mata saat Hakim Izralizam Sanusi memaklumkan bahawa mahkamah telah menerima notis penarikan diri daripada peguam, Asiah Jalil dan Nurul Nurul Hafidzah Hassan pada jam 9 malam, Isnin (16 Januari).

BACA LANJUT: Siti Bainun Menangis Di Kandang Saksi Gara-gara 2 Peguam Tarik Diri Saat Akhir


Prosiding Siti Bainun Tetap Berjalan Walaupun Tidak Diwakili Peguam

Menurut laporan, prosiding bela diri Siti Bainun di atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan Down Sindrom, Bella di Mahkamah Sesyen hari ini (26 Januari) tetap diteruskan walaupun Bainun tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Hakim Izralizam Sanusi mengarahkan Siti Bainun untuk membaca pernyataan saksinya setebal hampir 200 muka surat agar tidak mengganggu perjalanan kes.

Ia juga dikatakan bakal memakan masa yang lama untuk dihabiskan dan diharap dapat diselesaikan dalam masa dua hari.

Walau bagaimanapun, beliau menangguhkan pemeriksaan balas oleh pasukan pendakwaan sehingga tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada 20 Februari nanti.

Mahkamah mempunyai budi bicara mutlak untuk membenarkan atau menolak permohonan penangguhan.

Hakim Izralizam Sanusi menerusi Sinar Harian.

Hakim turut menjelaskan bahawa dalam kes ini beliau perlu menggunakan budi bicara dengan bijaksana.

Oleh itu saya akan mulakan kes pembelaan dengan kamu membacakan pernyataan saksi, yang telah diterima oleh pihak pendakwaan.

Hakim Izralizam Sanusi menerusi Sinar Harian.

Beliau berkata, seperti mana yang telah dijanjikan oleh tertuduh, pemeriksaan balas boleh dijalankan pada tarikh bicara bulan depan.

Ketika prosiding berjalan, Siti Bainun telah memaklumkan bahawa dia sudah berbincang dengan peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Saya dah mohon dengan YBGK dan mereka maklumkan memerlukan masa selama sebulan untuk meneliti kes kerana semua dokumen sudah ada kecuali penyata bank daripada BNM (Bank Negara Malaysia).

Siti Bainun menerusi Sinar Harian.

Siti Bainun Tidak Buat Aduan Kepada Majlis Peguam Berhubung Tindakan Peguam Tarik Diri

Jika sebelum ini, Hakim telah menasihati tertuduh (Siti Bainun) untuk membuat aduan kepada Majlis Peguam sekiranya dia terasa teraniaya dengan tindakan peguam-peguam berkenaan.

siti bainun

Ketika disoal mengenai sama ada Siti Bainun membenarkan peguam-peguamnya menarik diri atau tidak, dia menjawab tidak.

Hakim seterusnya menasihati tertuduh agar melantik peguam yang lebih bertanggungjawab untuk mengendalikan kesnya itu.

Hari ini (26 Januari), Siti Bainun memaklumkan dia tidak membuat aduan kepada Majlis Peguam berhubung tindakan lima peguam yang menarik diri daripada mewakilinya.

Ini kerana menurut Bainun, peguam-peguam berkenaan masih membantunya dalam penyediaan pernyataan tuntutan dan dokumen perbicaraan.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas membantah beberapa perenggan dalam pernyataan saksi yang dibuat oleh Siti Bainun.

Ia telah menyentuh isu peribadi saksi pendakwaan kelima, bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood dan kepakaran saksi-saksi pendakwaan lain.

Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas menerusi Sinar Harian.

Hakim kemudiannya mengarahkan pasukan pendakwaan untuk menyenaraikan perenggan-perenggan yang dimaksudkan.

Prosiding perbicaraan kemudiannya ditangguhkan seketika.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd