Now Reading
Ini Hukum Memberi & Meminta Duit Raya, Boleh Jatuh Haram Rupanya!

Ini Hukum Memberi & Meminta Duit Raya, Boleh Jatuh Haram Rupanya!

Pemberian duit raya telah menjadi satu tradisi dalam kalangan masyarakat Islam di dalam negara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila tiba hari raya, kanak-kanak terutamanya pasti teruja nak dapatkan duit raya. Siap ada yang ’round’ taman nak kutip duit raya. Seronok betul!

Bagi pemberi duit raya juga pasti berasa seronok kerana secara tidak langsung dapat memberi sedekah.

Namun, ada juga individu yang berasa tertekan dengan pemberian duit raya, lebih-lebih lagi apabila dipaksa dan diminta-minta oleh orang sekeliling.

Baca Artikel Berkaitan: Adakah Tradisi Duit Raya Berkait Dengan Tradisi Pemberian Angpau Ketika Tahun Baru Cina?


Hukum Memberi Duit Raya

Pasti timbul pertanyaan, apakah hukum sebenar dalam memberi duit raya? Sebenarnya, hukum memberi duit raya tidaklah sehingga jatuh wajib dan hanya merupakan satu tradisi yang dipraktikkan.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum memberi duit raya pada asasnya ialah harus. Duit raya juga boleh menjadi sunat memandangkan ia merupakan sedekah.

Malah, jika ia diberi kepada ibu bapa, seseorang akan mendapat tiga pahala iaitu birrul walidain (berbuat baik kepada dua ibubapa), mengeratkan silaturahim, dan bersedekah.

Pahala mengeratkan silaturahim juga akan diterima jika memberi duit raya kepada ahli keluarga dan seumpanya.  Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sa’d Abi Waqqas R.A, Rasulullah S.A.W bersabda :

‎إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ

Maksudnya: “Sesungguhnya kamu tidaklah membelanjakan nafkah yang kamu harapkan redha Allah dengannya (nafkah tersebut) melainkan kamu akan diberikan ganjaran ke atasnya, sekalipun jua nafkah yang kamu jadikannya di dalam mulut isteri kamu.”

Riwayat Al-Bukhari (56)

Namun begitu, seorang pengguna X, Mohammad Faeez Harith, berkata hukum pemberian duit raya boleh berubah menurut keadaan seperti berikut:

  • Wajib: Telah bernazar untuk memberi duit raya.
  • Harus: Sebagai nafkah tambahan isteri. Isteri juga harus memberi duit raya kepada suami.
  • Makruh: Jika mengungkit-ungkit pemberian.
  • Haram: Duit raya diberi dengan niat menunjuk-nunjuk (riak) atau dari sumber haram.

Hukum Meminta Duit Raya

Bagaimana pula dengan golongan yang meminta-minta duit raya daripada orang lain?

Sebenarnya, hukum meminta-minta sedekah, termasuk duit raya, bagi individu yang masih mampu adalah haram. Ini adalah berdasarkan hadis Abu Hurairah RA:

لاَ تَحِلُّ الصَّدَقَةُ لِغَنِيٍّ وَلاَ لِذِي مِرَّةٍ سَوِيٍّ

Maksudnya: “Tidak halal menerima sedekah bagi orang kaya dan orang yang sihat tubuh badannya (untuk bekerja).” 

Riwayat An-Nasaie (2597)

Namun, mereka yang tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan tidak dilarang daripada meminta sedekah dalam bentuk duit raya.

Dalam masa sama, jika penerima mengetahui duit raya yang diberi adalah dari sumber yang bercampur dengan perkara haram, makruh bagi mereka mengambil wang tersebut.

Akan tetapi tidaklah sehingga jatuh dosa kerana dosa berjudi hanya ditanggung oleh pelaku sendiri.


Lebihkan Duit Raya Pada Pelajar Universiti

Lepas dah tahu hukum memberi duit raya, mesti anda nak tahu pula berapa jumlah yang sesuai diberikan ya?

Di sini kami kongsikan panduan kepada anda tentang agihan duit raya yang bersesuaian mengikut umur:

  • Kanak-kanak sekolah rendah: RM2, RM5, RM10
  • Remaja sekolah menengah: RM10, RM15 sehingga RM20
  • Pelajar universiti: RM20, RM50 sehingga RM100
  • Isteri dan ahli keluarga: Mengikut kemampuan
  • Fakir miskin dan asnaf: Mengikut kemampuan

Seorang individu mencadangkan agar pelajar universiti diberi jumlah duit raya yang lebih berbanding kanak-kanak. Ini kerana mereka memerlukan lebih wang untuk berdikari sendiri terutamanya yang menetap di asrama atau rumah sewa.

Malah, kebanyakan pelajar tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri. Jadi pemberian duit raya pasti dapat membantu mereka, walaupun hanya serendah RM3.

Baca Artikel Berkaitan: Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM, Minimum RM10 Ya!

Baca Artikel Berkaitan: Aidilfitri 2024: Ini 23 Kompilasi Sampul Duit Raya Dengan ‘Design’ Pelbagai. Minimalist Pun Ada!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Tahu Nak Buat Apa Dengan Duit Raya Anak? Ini 3 Tabung Simpanan Paling Menguntungkan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd