Now Reading
[Video] Tak Tahu Nak Buat Apa Dengan Duit Raya Anak? Ini 3 Tabung Simpanan Paling Menguntungkan

[Video] Tak Tahu Nak Buat Apa Dengan Duit Raya Anak? Ini 3 Tabung Simpanan Paling Menguntungkan

Sebagai contoh, kadar dividen yang akan diperolehi jika anda menyimpan duit raya anak di dalam akaun SSPN-i Plus adalah 4% setahun dan mempunyai pelepasan cukai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali tibanya Syawal, umat Islam pasti akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemeriahan bersama ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan.

Bagi kanak-kanak pula, perkara yang paling disukai oleh mereka di hari lebaran pastinya ketika mendapat duit raya daripada orang dewasa terutamanya ahli keluarga terdekat.

Pun begitu, duit yang diperolehi itu tidak seharusnya ‘dijoli’ kesemuanya, kerana simpanan untuk kegunaan akan datang juga amatlah penting.

Bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa sekadar menyimpan duit anak-anak di akaun simpanan yang biasa.

Susulan itu, seorang wanita ini berkongsi tips simpanan duit duit raya anak yang akan memberi pulangan lumayan untuk kegunaan di masa akan datang.

Menerusi hantaran video di laman TikTok @directlendingmy, terdapat 3 tabung simpanan yang paling untung untuk dijadikan tempat menyimpan duit raya anak.

Berikut adalah 3 tabung yang dinyatakan:

1. SSPN-i Plus

SSPN-i Plus adalah simpanan Pendidikan bulanan yang dibawakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Matlamat utama tabung ini adalah untuk memupuk ibu bapa melakukan simpanan anak-anak secara konsisten.

Deposit yang dikenakan untuk membuka tabung ini pula hanyalah RM20 sahaja. Selain itu, SSPN-i Plus ini sesuai untuk dijadikan simpanan bagi menanggung kos belajar anak-anak di peringkat universiti nanti.

Pada masa sama, kadar dividen yang akan diperolehi oleh adalah 4% setahun dan mempunyai pelepasan cukai.

Namun pelepasan cukai ini hanya akan diteruskan sehingga tahun 2024.

2. ASB 3 Didik

Tabung simpanan ASB 3 Didik ini diuruskan sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhab (ASNB). Untuk membuka akaun ASB 3 Didik ini, deposit RM100 akan dikenakan.

Jika anda memilih untuk menyimpan duit di dalam ASB 3 Didik ini, duit simpanan di dalam akaun ini akan ditukarkan menjadi akaun ASNB sekirannya umur anak telah mencecah 18 tahun.

Sebanyak 4% hingga 6% dividen setiap tahun yang akan diperolehi penyimpan pula. Jumlah dividen yang tinggi ini pastinya akan memberi pulangan yang menguntungkan.

3. Tabung Haji

Akaun simpanan Tabung Haji (TH) ini hanya dibuka untuk warganegara Malaysia yang beragama Islam, dan boleh dibuka dengan deposit serendah RM10 sahaja.

Kelebihan menyimpan di TH ini adalah nilai dividen dan juga bonus yang akan diperolehi setiap tahun adalah tinggi.

Sekiranya simpanan di dalam Tabung Haji ini melebihi RM1,300, anda boleh mendaftar anak-anak untuk menunaikan ibadah haji nanti.

Selain itu, jika umur anak sudah melebihi 17 tahun, wang simpanan boleh dikeluarkan untuk menanggung kos pendidikan.

Antara kelebihan menyimpan di TH adalah simpanan dijamin 100% oleh kerajaan selaras dengan Akta Tabung Haji 1995, tidak dikenakan cukai selain zakat telah dibayar bagi pihak pendeposit.

Ia juga tiada had Simpanan di TH dan berlandaskan syariah Islam. 

Video TikTok

@directlendingmy Take note untuk semua parents. Tips simpan duit raya anak-anak ni ngam kalau korang buat cepat2 👍🏻 #duitraya #duitrayaanak #parenthood #parentingtips #asb #sspnplus #sspnn #tabunghaji #tabunganak #simpanduitutkmasadepan #savingmoney #parentlife #inspirasiraya #tabunganmasadepan ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Diharapkan dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu para ibu bapa dalam menentukan ke mana duit anak–anak mereka akan disimpan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd