Now Reading
“Siap Tandatangan Tu” – Aksi Lelaki Ini Beri Duit Raya Guna ‘Mock Cheque’ Bikin Satu Rumah Meriah!

“Siap Tandatangan Tu” – Aksi Lelaki Ini Beri Duit Raya Guna ‘Mock Cheque’ Bikin Satu Rumah Meriah!

Lelaki ini memberikan papan ‘mock cheque’ bernilai RM250 kepada ibu bapa dan RM150.99 kepada adik-beradiknya sebagai duit raya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pemberian duit raya ketika menyambut Aidilfitri adalah salah satu tradisi yang diamalkan sejak dahulu lagi. Nak bagi berapa jumlahnya itu bergantung kepada kemampuan masing-masing.

Selalunya yang dapat duit raya ini adalah golongan muda yang masih belajar di sekolah dan universiti serta mereka belum bekerja. Geng orang dewasa hanya mampu tengok je adik-adik dapat duit ‘berkepuk’.

Bercakap tentang duit raya, terdapat sebuah keluarga ini yang tampil lain daripada yang lain ketika mahu memberikan duit raya.


Individu Ini Beri Duit Raya Guna ‘Mock Cheque’

Menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@rayrahmanwan), seorang lelaki dilihat menghulurkan duit raya kepada ahli keluarganya dengan cara pemberian ‘mock cheque’ yang sering dilihat ketika seseorang memenangi hadiah wang tunai.

Bukan itu sahaja, lelaki ini yang menempah papan ‘mock cheque’ itu sempat menyelitkan gambarnya dan kata-kata yang menghiburkan seperti ‘Your handsome son’.

Paling tak tahan, pemberian wang bernilai RM250 kepada ibu bapanya itu disertai dengan aksi menandatangan seolah-olah mengesahkan duit tersebut.

Sumber: TikTok (@rayrahmanwan)

Mesti ramai yang ingat hanya ibu bapa kepada lelaki itu sahaja yang mendapat ‘mock cheque’ berkenaan kan? Tidak ya, anak buah dan adik-beradik pun dapat benda yang sama juga.

Dalam video berkenaan, lelaki ini memberikan RM50.25 kepada anak-anak buahnya manakala untuk adik-beradiknya pula mendapat RM150.99.

Sumber: TikTok (@rayrahmanwan)

Memang meriah sungguh momen pemberian duit raya dalam keluarga mereka pada hari raya Aidilfitri kali ini.

Video berkenaan turut mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 439,000 tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@rayrahmanwan/video/7357049129454849281

Netizen Terhibur Tengok Ada Sen Pada Duit Raya

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang terhibur melihat gelagat lelaki tersebut yang memberikan duit raya dengan cara kreatif dan berbeza dari individu lain.

“Lepas raya jangan lupa gantung di dinding cheque tu kenangan raya,” ujar netizen.

Pada masa sama, ada juga netizen yang mempersoalkan kewujudan nilai sen pada duit raya diberikan.

“Sen tu sebab kena SST ke?” tanya netizen.

Sementara itu, segelintir netizen pula membuat andaian kononnya lelaki tersebut berbuat demikian kerana memiliki perniagaan percetakan dan tidak sempat untuk menukar wang di bank.

Sumber: TikTok @rayrahmanwan

Cara Tunaikan Cek Mengikut Beberapa Cara

Bagi anda yang belum pernah menunaikan wang dari cek, jom kami beri tunjuk ajar mengikut beberapa cara. Mana tahu nanti ada terima duit raya seperti lelaki di TikTok itu.

Terdapat dua cara untuk menunaikan cek. Antaranya:

  • Melalui mesin ATM
    • Isi maklumat seperti nama, nombor akaun dan nombor telefon yang tertera di belakang cek.
    • Mengikut segala langkah-langkah yang dinyatakan di mesin Cash Deposit Machine (CDM).
    • Masukkan amaun yang tertera pada cek dan nilai tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun dalam tempoh tiga hari bekerja.
  • Melalui kaunter bank
    • Pergi ke cawangan akaun bank yang ingin dimasukkan jumlah duit berkenaan.
    • Ambil nombor giliran.
    • Pastikan segala butiran seperti nama, nombor akaun dan nombor telefon di belakang cek tersebut adalah lengkap.
    • Jumpa pegawai bank yang bertugas sebaik sahaja nombor giliran dipanggil.
    • Wang boleh ditunaikan pada hari yang sama.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda semua!

Baca Artikel Berkaitan: “Duit Raya Emas?” – Ini Momen Viral Sempena Minggu Pertama Aidilfitri 2024

Baca Artikel Berkaitan: Ini Hukum Memberi & Meminta Duit Raya, Boleh Jatuh Haram Rupanya!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Atok Beri Duit Raya Ikut Berat Badan Jadi Perhatian Netizen, Siap Ada Penimbang Di Sebelah!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd