Now Reading
“Duit Raya Emas?” – Ini Momen Viral Sempena Minggu Pertama Aidilfitri 2024

“Duit Raya Emas?” – Ini Momen Viral Sempena Minggu Pertama Aidilfitri 2024

Antara perkongsian yang mencuri tumpuan ramai semenjak Aidilfitri minggu lalu adalah apabila penyanyi terkenal Aishah mendendangkan lagu ‘Pulanglah’ kepada orang ramai yang ‘tersangkut’ dalam trafik sesak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, umat ​​Islam seluruh dunia kini sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri sejak minggu lalu iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia bermula 10 April. Manakala jiran kita di Brunei menyambut hari pertama Syawal pada 11 April.

Dengan penggunaan media sosial yang semakin sinonim dengan kehidupan harian rata-rata masyarakat, sesetengah rakyat Malaysia telah menggunakan platform tersebut untuk membuat konten menghiburkan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ragam Kanak-kanak Enggan Mengaku Salah Semasa Bermaafan Di Pagi Raya Buat Ramai Terhibur

Di sini kami kongsikan beberapa momen dan hantaran tular sepanjang minggu pertama Aidilfitri 2024. Antaranya:


Audio TikTok Atau Suara Sebenar?

Selain lagu ‘Satu Hari Di Hari Raya’ oleh M. Nasir, ‘Pulanglah’ oleh penyanyi Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Ariffin adalah antara audio latar belakang yang paling kerap digunakan di laman TikTok, terutamanya semasa musim Hari Raya.

Namun begitu lain pula kali ini apabila Aishah menerusi akaun TikTok telah memuat naik video dirinya menyanyikan lagu tersebut secara ‘live’.

Penyanyi yang telah memenangi pelbagai anugerah itu berkongsi video dirinya menyanyi lagu raya ikoniknya iaitu ‘Pulanglah’ di luar rumah yang terletak di sebelah jalan yang sibuk.

@aishahjmm

Pulanglah🥰🥰🥰

♬ original sound – Wan Aishah Wan Ariffin

Rata-rata netizen memuji tindakan Aishah kerana telah menghibur selain menaikkan semangat pemandu yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Mana tidaknya, trafik yang sesak tersebut sememangnya boleh merosakkan ‘mood’ seseorang untuk balik ke kampung.

Sambil menampilkan persona pentasnya, Aishah yang dilihat memegang mikrofon itu berjaya mengukirkan senyuman para pengguna jalan raya yang berada di kawasan itu.


Macam Toy Story?

Sementara itu, di laman X (Twitter) pula, insiden melibatkan seorang lelaki dan songkok miliknya telah menghiburkan hati warganet.

Menerusi perkongsian (@Cikgu_Anep), lelaki dikenali sebagai Fahmi dilihat mempunyai bekas dakwat pen penanda di kepala botaknya.

Difahamkan, dakwat pen daripada songkok itu melekat selepas Fahmi memakainya terlalu lama dan mungkin juga disebabkan oleh kesan peluh dan cuaca bahang pada ketika ini.

Sumber: X

Dalam pada itu, netizen juga tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen-komen lucu di ruangan balas. Ada individu berseloroh dengan berkata Fahmi sepatutnya ‘memakai rambutnya’ dahulu sebelum memakai songkok.

Sumber: X

Komen yang lebih mencuri perhatian adalah apabila seorang lelaki membandingkan foto Fahmi dengan sebuah babak animasi Toy Story di mana watak bernama Andy menulis namanya pada tapak kasut mainan, Woody.

Sumber: X

Kanak-kanak Teruja Terima Duit Emas Bernilai RM50

Menerusi laman TikTok pula, tular satu hantaran di mana sebuah keluarga memberikan sampul duit Raya dengan cara yang lebih kreatif untuk menghiburkan si kecil.

Kelihatan seorang lelaki sedang memberikan wang emas bernilai RM50 kepada beberapa orang kanak-kanak serta remaja. Idea tersebut membuatkan penerima sampul raya berasa teruja dan seronok.

Sumber: TikTok (@storyforu14)

Walaupun wang kertas emas raya itu hanyalah replika, namun ia telah menghidupkan suasana raya yang kecoh dan meriah di rumah tersebut.

Kewujudan wang kertas emas berkenaan turut membuatkan segelintir netizen tertanya-tanya dari manakah lelaki tersebut mendapatkannya?

Menjawab kepada persoalan tersebut, ramai berkata duit kertas emas palsu itu boleh didapatkan menerusi pembelian atas talian.

Sumber: TikTok (@storyforu14)

Detik-detik menghiburkan dan lucu yang baru sahaja dikongsikan dapat dijadikan sebagai satu kenangan indah yang boleh diingati oleh orang ramai bersempena Aidilfitri pada tahun ini.

Semoga semangat Hari Raya bersama insan tercinta dapat dikekalkan bagi meraikan perayaan istimewa ini. Selamat Hari Raya semua! Maaf zahir dan batin.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Letak Tanda Harga Pada Koleksi Mainan Untuk Elak Budak Sentuh Ketika Beraya Cuit Hati Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Atok Beri Duit Raya Ikut Berat Badan Jadi Perhatian Netizen, Siap Ada Penimbang Di Sebelah!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd