Now Reading
“Macam Bayar Tol” – Kanak-kanak Terima Duit Raya Dari Pengguna Jalan Raya Ketika Trafik Sesak

“Macam Bayar Tol” – Kanak-kanak Terima Duit Raya Dari Pengguna Jalan Raya Ketika Trafik Sesak

Kelihatan beberapa orang kanak-kanak mendapat sampul duit raya daripada pengguna jalan raya yang ‘tersangkut’ dalam trafik sesak sekitar Jelebu, Negeri Sembilan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti semua sedia maklum, kesesakan trafik sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini agak teruk di sesetengah kawasan terutamanya laluan dari arah Utara ke ibu kota.

Sehinggakan ada yang telah meluangkan masa seharian di atas jalan raya semata-mata untuk pulang ke kediaman masing-masing. Kesesakan trafik yang luar biasa membuatkan orang ramai mengeluh kepenatan dari segi mental dan fizikal.

Bagaimanapun kesesakan trafik tersebut bukan satu bebanan bagi sesetengah pihak di mana mereka berasa teruja dan seronok dengan situasi itu.

Baca Artikel Berkaitan: Berbaloi Ke Hadap Trafik Berbelas Jam Semata-mata Nak Balik Raya Di Kampung?


Pengguna Jalan Raya Berhenti & Beri Duit Raya Kepada Kanak-kanak Ketika Trafik Sesak

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@adindatudungsarung) menyaksikan suasana jalan raya yang sibuk sekitar kawasan kampung Jelebu, Negeri Sembilan.

Kelihatan beberapa buah kenderaan bergerak dengan perlahan di laluan sebelah kiri.

Walaupun kesesakan trafik itu tidak digemari oleh para pemandu namun lain pula kepada beberapa orang kanak-kanak di sebuah kampung halaman apabila mereka mendapat sampul duit raya daripada para pemandu yang lalu.

Sumber: TikTok (@adindatudungsarung)

Dapat Kumpul Lebih Dari 10 Sampul Duit Raya

Kebanyakan kenderaan telah berhenti di tempat kanak-kanak tersebut berdiri kemudian pemandu atau penumpang kereta akan menghulurkan duit raya sebelum mereka meneruskan perjalanan.

Kebiasaannya, si kecil akan mengumpul duit raya ketika menziarahi rumah saudara-mara atau jiran tetangga tetapi kali ini mereka hanya perlu berdiri di depan kampung halaman sahaja.

Sumber: TikTok (@adindatudungsarung)

Kalau anda lihat sendiri daripada klip video berkenaan, memang banyak sungguh sampul diterima oleh mereka. Ada yang dapat melebihi 10 sampul raya! Berapa agaknya jumlah terkumpul ya.

Tindakan pengguna jalan raya yang bersedekah kepada anak-anak kecil telah membuatkan golongan itu berasa gembira selain mengukirkan senyuman pada wajah masing-masing.

@adindatudungsarung niat nak wish selamat hari raya dan hati2 memandu buat semua. tp tak sangka dapat duit raya 😂 #hariraya2024 #duitraya ♬ Shik Shak Shok – Hassan Abu El So'oud

Netizen Terhibur Lihat Gelagat Anak Kecil Kumpul Duit Raya Dari Pemandu

Rata-rata netizen di ruangan komen dilihat terhibur dengan situasi tidak dijangka itu.

“Senang kerja ya. Aku dulu, tiga kampung (kutip duit raya). Patah bahu sebab bawa balik duit syiling,” kata seorang individu.

Ada juga warganet yang berjenaka dengan mengatakan mereka mahu duduk di lebuh raya pula selepas ini kerana jumlah kenderaan lebih banyak.

“Nanti kita duduk tepi highway pula. Mesti lagi banyak (duit raya terkumpul),” ujar seorang netizen.

Sementara itu, ada juga yang berkata pemberian sedekah pengguna jalan raya kepada kanak-kanak tersebut telah menghidupkan lagi suasana raya.

“Ini kehebatan Hari Raya Aidilfitri. Allah Maha Adil lagi Maha Pengasih. Rezeki anak-anak yang tidak diduga,” jelas seorang lelaki.

Baca Artikel Berkaitan: “Duit Raya Emas?” – Ini Momen Viral Sempena Minggu Pertama Aidilfitri 2024

Sumber: TikTok (@adindatudungsarung)

Lelaki Beri Duit Raya Guna ‘Mock Cheque’ Kepada Ibu Bapa

Kalau dilihat dari media sosial sekarang ini, memang sudah banyak kaedah kreatif dilakukan oleh golongan dewasa untuk memberikan duit raya kepada anak kecil. Ada yang ‘senduk’ duit kertas dan masukkan ke dalam bekas, memilih sampul raya dengan jumlah yang tidak diketahui dan sebagainya.

Malah baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki menghulurkan duit raya kepada ahli keluarganya dengan cara pemberian ‘mock cheque’ yang sering dilihat ketika seseorang memenangi hadiah wang tunai.

Sumber: TikTok (@rayrahmanwan)

Baca Artikel Berkaitan: “Siap Tandatangan Tu” – Aksi Lelaki Ini Beri Duit Raya Guna ‘Mock Cheque’ Bikin Satu Rumah Meriah!

Lebih menghiburkan, pemberian wang bernilai RM250 kepada ibu bapanya itu disertai dengan aksi menandatangan seolah-olah mengesahkan duit tersebut.

Ada-ada sahaja gelagat masyarakat zaman sekarang ini, Anda pula bagaimana? Jom kongsikan kisah anda mendapatkan duit raya bersama kami.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd