Now Reading
Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM, Minimum RM10 Ya!

Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM, Minimum RM10 Ya!

Penukaran wang kertas di mesin ATM untuk diberikan sebagai duit raya hanya terhad sehingga RM300 bagi setiap transaksi.

Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM, Minimum RM10 Ya!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pejam celik pejam celik, bulan Ramadan kini berbaki kurang dari tempoh dua minggu lagi dan kita bakal menyambut bulan Syawal pula.

Dalam tempoh ini ramai yang sudah membuat persiapan raya mereka dengan membeli-belah pakaian keluarga untuk dipakai di pagi Aidilfitri.

BACA JUGA: Pasar Seloka, Starvendors & 3 Lagi Lokasi Untuk Anda Shopping Baju Raya Sekitar Lembah Klang

Selain pusat membeli-belah, bank juga katanya sudah mula dipenuhi ramai kerana mereka ingin menukar wang kecil untuk memberi duit raya kepada ahli keluarga serta sanak saudara.

BACA JUGA: [Video] Anak Hanis Zalikha Teruja Dapat Duit Raya RM1 Dipuji Netizen

BACA JUGA: Anak Sulung Neelofa, Bilal Terima RM14,020 Duit Raya Tahun Ini


Cara Tukar Duit Raya Di Beberapa Mesin ATM

Kalau anda malas nak beratur panjang semata-mata untuk menukar duit raya, sebenarnya anda boleh sahaja melakukannya di mesin ATM sahaja. Siap dapat duit baru ya!

NOTA KAKI: Cara ini hanya membolehkan anda untuk menukar wang bernilai RM10 dan RM50 sahaja.

Antara mesin ATM bank yang menyediakan perkhidmatan untuk menukar duit raya ini adalah:

1. Mesin ATM Tukar Duit Raya: Maybank

Cara-caranya:

  1. Pilih mesin ATM yang mempunyai gambar ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin ini’.
  2. Tekan ‘Pengeluaran’ dan pilih jumlah wang yang ingin dikeluarkan. (Jumlah maksimum pengeluaran adalah RM300.
  3. Wang bernilai RM10 mengikut jumlah yang anda pilih akan keluar dari mesin tersebut.
  4. Minta sampul raya daripada kaunter bank.

Senarai cawangan Maybank yang mempunyai mesin ATM yang membolehkan anda menukar duit raya adalah seperti berikut:

2. Mesin ATM Tukar Duit Raya: Ambank

Sebanyak 40 buah mesin ATM di seluruh Malaysia yang tersedia untuk anda mengeluarkan wang kertas RM10 sempena Hari Raya Aidilfitri.

Walau bagaimanapun, setiap penukaran itu hanya dihadkan maksimum sebanyak RM300 bagi setiap transaksi yang dilakukan.

Lokasi cawangan Ambank yang terlibat di seluruh negara boleh rujuk di bawah.

3. Mesin ATM Tukar Duit Raya: Affin Bank

Terdapat 51 cawangan Affin Bank dan Affin Islamic yang mempunyai mesin ATM Raya yang membolehkan anda menukar wang bernilai RM10 dan RM50.

Senarai mesin ATM Affin Bank yang terlibat boleh dirujuk di bawah.

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan urusan anda untuk melakukan penukaran wang kertas untuk diberikan sebagai duit raya kepada ahli keluarga sempena sambutan Syawal tidak lama lagi.


Pada tahun lalu, ramai yang kelam kabut tidak sempat menukar duit raya selepas kerajaan diisytiharkan ‘raya mengejut’ iaitu awal sehari daripada tarikh yang dijangka.

Sehinggakan ada yang menyediakan plastik lut sinar serta satu tong berisi duit syiling kepada para tetamu untuk mengambil duit raya mereka.

Walaupun ada banyak, tapi mereka hanya boleh ambil segenggam sahaja. Untunglah siapa yang tangan besar, boleh ‘kaut’ banyak sikit kan?

BACA JUGA: Kalut Nak Raya, Wanita Sediakan Satu Tong Duit Syiling Untuk Tetamu [Video]

BACA JUGA: Kanak-Kanak 9 Tahun Guna Duit Raya Belikan Cincin Emas Untuk Ibu [Video]

BACA JUGA: Bagi Duit Raya & Sumbangan Kepada Dua Beradik Jual Mangga, Video Lelaki Ini Buat Netizen Terharu


Panduan Untuk Beri Duit Raya Kepada Ahli Keluarga Mengikut Umur

Mungkin ada sesetengah daripada anda yang pertama kali memberi duit raya kepada ahli keluarga dan tertanya-tanya, nak beri berapa ringgit ya?

Jom kami kongsikan panduan mudah kepada anda tentang agihan duit raya mengikut umur:

  • Kanak-kanak sekolah rendah: RM2, RM5, RM10
  • Remaja sekolah menengah: RM10, RM15 sehingga RM100
  • Pelajar universiti: RM20, RM50 sehingga RM100
  • Isteri dan ahli keluarga: Mengikut kemampuan
  • Fakir miskin dan asnaf: Mengikut kemampuan

Senarai di atas hanyalah sekadar panduan. Kalau anda nak beri mengikut kemampuan masing-masing pun tiada masalah.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd