Now Reading
Jocelyn Chia Ucap ‘Selamat Datang’ Kepada Matty Healy Lepas The 1975 Disenarai Hitam Oleh Malaysia

Jocelyn Chia Ucap ‘Selamat Datang’ Kepada Matty Healy Lepas The 1975 Disenarai Hitam Oleh Malaysia

Jocelyn Chia turut mempersoalkan sama ada Healy tidak dikesan oleh Interpol kerana dia merupakan seorang lelaki berkulit putih.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada hujung minggu lepas, kumpulan British The 1975 telah menyebabkan Festival Good Vibes 2023 yang berbaki dua hari dibatalkan susulan kontroversi yang dilakukan oleh penyanyi utamanya, Matty Healy.

Di pertengahan persembahan kumpulan itu, Healy yang kelihatan mabuk bertindak mengutuk kerajaan Malaysia berkenaan undang-undang LGBT sebelum mencium pemain bass, Ross McDonalds.

Tidak beberapa lama selepas itu, pentas digelapkan dan Healy kemudiannya mengumumkan bahawa kumpulan The 1975 telah disekat (banned) daripada membuat persembahan di Kuala Lumpur.

BACA LANJUT: Konsert The 1975 Di GVF2023 Dihentikan Selepas Matty Healy Cium Pemain Bass & Hina Undang-undang LGBT Di Malaysia

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah mengarahkan pembatalan serta-merta festival terbabit atas alasan tiada kompromi yang diberikan terhadap mana-mana pihak yang mencabar, merendahkan, atau melanggar undang-undang Malaysia.

BACA LANJUT: [Terkini] “Tiada Krompomi” – Fahmi Fadzil Umum Pembatalan Serta Merta Festival Good Vibes 2023


Jocelyn Chia Ucap ‘Welcome To The Gang’ Pada Matty Healy

Terbaharu, pelawak ‘stand-up comedy’, Jocelyn Chia secara sinis mengucapkan selamat datang buat Healy ke kumpulan ‘cool kids’ iaitu merujuk kepada individu-individu yang kini tidak digemari oleh rakyat Malaysia.

Dalam ciapannya, dia mempersoalkan mengapa Healy tidak dikesan oleh polis antarabangsa (Interpol) kerana telah melanggar undang-undang Malaysia sewaktu berada di dalam negara.

Dia turut seolah-olah mengaitkan perkara itu dengan perkauman dan mempersoalkan adakah Healy tidak dikesan kerana dia seorang lelaki berkulit putih. Dia juga secara sinis berkata tidak mungkin Malaysia kini bersikap pilih kasih.

Kerana dia seorang lelaki berkulit putih? Tak akan la. Tak mungkin Malaysia sekarang bersifat pilih kasih, betul?

Pelawak, Jocelyn Chia.

Chia sebelum ini telah hebat dikecam pelbagai pihak, termasuk pelawak lain, kerana menggunakan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan jenaka dalam satu aksi ‘stand-up comedy’.

BACA LANJUT: Pelawak Singapura Kutuk Malaysia, Guna Tragedi MH370 Sebagai Bahan Jenaka Dalam ‘Stand Up Comedy’

Malah, akaun Twitter dan Instagram Chia sebelum ini turut disekat kerana perkara itu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd