Now Reading
Kereta Tenggelam Dalam Banjir? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Kereta Tenggelam Dalam Banjir? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Sedih bila tengok banyak kereta yang tenggelam waktu banjir kilat Isnin lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semenjak dua tiga hari ini, beberapa buah negeri termasuklah Kuala Lumpur dan Selangor mengalami hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan banjir kilat seperti yang berlaku pada 7 Mac lalu.

Memang habis semua kereta yang berada di kawasan kejadian ditenggelami air. Tak boleh nak bayangkan perasaan mereka lebih-lebih lagi yang baru sahaja pulih daripada bencana banjir pada bulan Disember lalu.

Ketika banjir tersebut, ada juga beberapa kenderaan yang dilihat berani meredah air berkenaan.

BACA JUGA: Beberapa Jalan di KL Banjir Akibat Hujan Lebat. Terowong SMART Juga Ditutup


Tips jika kereta tenggelam dalam banjir

Kepada pemandu yang risau selepas kereta anda ditenggelami banjir, berikut adalah beberapa tips berguna dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter (@itsraenu_) bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik.

  • Jangan terus hidupkan kereta selepas air surut.
  • Biarkan kereta kering terlebih dahulu.
  • Catat lokasi, masa dan tarikh dan ambil gambar ketika kejadian sebagai bukti untuk claim dengan syarikat insurans.
  • Periksa keadaan kereta terutamanya dipstick minyak dan penapis udara. Kalau masih ada titisan air, elakkan dulu daripada menghidupkan kereta.
  • Periksa pedal brek dan takungan penyejuk (coolant reservoir) kerana alat ini mudah rosak jika terkena air.

Macam mana kalau terpaksa redah banjir?

Jika anda berada dalam situasi di mana sekeliling kawasan jalan raya dipenuhi air dan terpaksa juga meredah, ini antara tips yang boleh digunakan:

  • Pandu kereta pada kelajuan yang paling rendah tetapi perlu teruskan bergerak.
  • Gunakan gear rendah.
  • Kuatkan enjin ketika memandu untuk mengelakkan air masuk.
  • Buka lampu ‘hazard’.

Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (BAKM)

Kepada anda yang terkesan dengan banjir kilat yang berlaku baru-baru ini, kerajaan telah memberikan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (BAKM) dengan diskaun sekurang-kurangnya 25% untuk kerja pembaikan, tunda kenderaan percuma dan baucar diskaun sehingga RM1,000 (diskaun 50% untuk alat ganti kereta jenama Proton dan Perodua).

BAKM meliputi kenderaan penumpang persendirian, motosikal, pickup trucks dan van yang rosak akibat banjir.

Harapnya inisiatif ini dapat mengurangkan beban mereka yang terkesan akibat banjir kilat beberapa hari lalu.

BACA JUGA: Bencana Banjir: Ini Cara Dapatkan RM1,000 Untuk Baiki Kenderaan Rosak


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd