Beberapa Jalan di KL Banjir Akibat Hujan Lebat. Terowong SMART Juga Ditutup
Jalan-jalan utama sekitar Kuala Lumpur telah ditenggalami air selepas hujan lebat secara berterusan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Hujan lebat pada hari ini (7 Mac) telah menyebabkan beberapa jalan raya di Kuala Lumpur ditenggelami air akibat banjir sekali lagi.
BACA LAGI: Masjid Jamek Is Now Pulau Jamek Due To Heavy Rain
Di media sosial, ramai yang berkongsi laporan tentang banjir kilat yang melanda beberapa bahagian di ibu kota.
Gambar dan video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan banyak kereta yang ditenggelami air pada paras pinggang selepas terkandas di sepanjang Jalan Kuchai Lama.
kl banjir gais take caree!!! stay safe pic.twitter.com/JY3fVFRnZk
— bobe (@jijiabaobei) March 7, 2022
Netizen turut berkongsi beberapa video di mana air naik di kawasan utama di seluruh bandar.
Padu banjir KL ni. pic.twitter.com/gVJ3dFkCiN
— Farihin Mandagie (@farihinosteo) March 7, 2022
View from Wisma UOA#KLBanjir pic.twitter.com/LLnAuIVe35
— Hakuna Matata🦁 (@amalhisyams) March 7, 2022
Hati3 geng keadaan di masjid jamek
— Despacito (@fakry_ahmad10) March 7, 2022
Jgn kluar ke kl semua jln bnyk banjir pic.twitter.com/dxUJxxG3z7
Ibu hantar gambar KL skrg tgh banjir teruk. Ibu nak balik tak dapat sebab keliling office banjir. Semoga tak jadi apa2 kat ibu..
— Farah Jual Pin Box, Sandal, Tudung 💚 (@fadyyyyy24) March 7, 2022
I'll share kat bawak jugak some places yg banjir. Tadi ada nampak org tweet.. pic.twitter.com/Wd215U2NO2
Menurut wartawan Malaysian Insight Elill Easwaran, sumber dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengesahkan beberapa bahagian di bandar itu ditenggelami air.
JUST IN : Certain parts of Kuala Lumpur is currently flooded.
— Elill (@Elill_E) March 7, 2022
🔴 Kuchai Lama is one of the areas flooded.
🔴 An official from Nadma also confirmed the matter that certain parts of KL is flooded to me
🎥: Social media #banjir pic.twitter.com/EmTPfIO6Wg
Orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati apabila berulang-alik dari dalam dan ke luar bandar kerana netizen turut melaporkan beberapa jalan telah dipenuhi oleh air.
Laporan trafik secara langsung melalui atas talian juga menunjukkan beberapa laluan utama di Kuala Lumpur berada dalam kesesakan.
Banjir kilat kat pudu. KL. Don't come out here! pic.twitter.com/yfXYLUBYvB
— uya anilahs (@Sarclover) March 7, 2022
Kuchai Lama area (KL-Seremban-NPE-BESRAYA) dah naik air? Atas bukit pun boleh banjir kilat. All highways around here gridlock!!! Not moving!!! pic.twitter.com/a7MdHPP79Z
— CovidIsAirborne – Wear Your Face Mask Properly! (@Erouliismail) March 7, 2022
BACA JUGA: Malaysia Diramal Berdepan Bencana Alam Luar Jangkaan Lebih Kerap Selepas Ini
Terowong SMART ditutup
Terowong SMART juga telah ditutup bagi persediaan operasi menghadapi bencana banjir di Kuala Lumpur.
1644HRS Terowong SMART di TUTUP SEPENUHNYA bagi persediaan operasi banjir. #SMARTTunnel #1stdualpurposetunnelintheworld #SMARTshares pic.twitter.com/bMholGAoJw
— Smart Tunnel (@Smarttunnel) March 7, 2022
Kepada anda yang sedang berada di kawasan kejadian, hati-hati dan cuba cari kawasan yang selamat buat sementara waktu. Simpan bateri telefon untuk hal-hal penting sahaja untuk tujuan komunikasi.
BACA JUGA: Pertama Kali Hadapi Banjir? Ini Tips Yang Anda Perlu Tahu
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.