Now Reading
Bencana Banjir: Ini Cara Dapatkan RM1,000 Untuk Baiki Kenderaan Rosak

Bencana Banjir: Ini Cara Dapatkan RM1,000 Untuk Baiki Kenderaan Rosak

BKAM membenarkan mangsa banjir membuat tuntutan tunai sehingga RM1,000 untuk kenderaan mereka, termasuk dari bengkel tidak berdaftar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, semalam (7 Mac) telah berlakunya satu lagi banjir besar yang mengakibatkan beberapa jalan raya di Kuala Lumpur ditenggelami air.

Media sosial semalam turut ‘dibanjiri’ orang ramai yang berkongsi laporan tentang banjir kilat yang melanda beberapa bahagian di ibu kota.

Gambar dan video yang dimuat naik menunjukkan banyak kereta ditenggelami air pada paras pinggang selepas terkandas di sepanjang Jalan Kuchai Lama.

BACA JUGA: Banjir KL: Polis Sempat Selamatkan Diri Sebelum Kereta Tenggelam

Dan semestinya, kejadian banjir ini turut menyebabkan sejumlah besar pemilik kereta akan berdepan kos pembaikan yang mahal. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai perlindungan bencana alam pada polisi insurans kereta kerana kosnya akan lebih tinggi.

Apatah lagi ramai yang tidak menjangkakan banjir akan berlaku sekerap dan pada skala sebegitu di kawasan bandar.

Kredit: jijiabaobei/ farihinosteo/ amalhisyams via Twitter

Berita baik buat rakyat Malaysia yang terjejas – pihak kerajaan akan memberikan bantuan kepada mangsa yang mengalami kerosakan kenderaan akibat banjir.

Bantuan Automotif Keluarga Malaysia atau Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (BAKM) memberikan diskaun sekurang-kurangnya 25% untuk kerja pembaikan, tunda kenderaan percuma dan baucar diskaun sehingga RM1,000 (diskaun 50% untuk alat ganti kereta jenama Proton dan Perodua).

Gambaran keseluruhan BAKM.
(Sumber: Facebook)

BAKM meliputi kenderaan penumpang persendirian, motosikal, pickup trucks dan van yang rosak akibat banjir.

Pengurangan kos akan dipotong terus daripada jumlah kos keseluruhan pembaikan atau penggantian melalui invois yang dikeluarkan oleh pusat servis dan pengedar yang sah.

Sejumlah syarikat automotif, dengan rangkaian lebih 1,800 pusat perkhidmatan berdaftar di seluruh negara telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam inisiatif BAKM.

Senarai syarikat automotif berdaftar untuk BAKM.
(Sumber: Facebook)

Bantuan berkenaan boleh dimohon oleh mereka yang terjejas sehingga 31 Mac ini menerusi portal rasmi https://bantuanautomotif.hasil.gov.my.

Permohonan secara manual juga boleh dibuat di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran.

Permohonan juga boleh dibuat di Pejabat Satelit (PS) LHDN, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN.

Pemohon boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi Bantuan Banjir Keluarga Malaysia untuk maklumat lanjut.

Extended Coverage

Jika anda telah menghantar kenderaan anda ke bengkel yang tidak berdaftar di bawah BAKM, jangan risau.

Berikutan musim tengkujuh, bantuan dilanjutkan termasuk bengkel tidak berdaftar bermula dari 18 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022.

Lakukan langkah-langkah di bawah untuk memohon:

  • Isikan borang permohonan bantuan automotif dalam talian dengan log masuk ke https://bantuanautomotif.hasil.gov.my.
  • Selain permohonan dalam talian, anda boleh pergi ke mana-mana pejabat cawangan LHDN berhampiran anda dengan mengambil borang permohonan di sana, isi dan hantar semula kepada pegawai dan kakitangan yang bertugas.
  • Serahkan borang yang telah lengkap diisi bersama bukti resit pembaikan dan baik pulih kereta.
BAKM untuk bengkel tidak berdaftar.
(Sumber: Facebook)

Kriteria Kelayakan BAKM (Bengkel Tidak Berdaftar)

  • Warganegara Malaysia.
  • Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) / Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) / Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
  • Kenderaan milik persendirian [Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR)] rosak akibat banjir berdasarkan resit yang dilampirkan.
  • Kenderaan yang tidak dilindungi oleh insurans bencana alam.
  • Hanya kenderaan persendirian yang TIDAK DIHANTAR ke pusat servis / pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat peserta layak membuat tuntutan (untuk tuntutan di bawah kategori bengkel tidak berdaftar).

Kemas Kini Status Pembayaran

Bayaran BAKM untuk bengkel tidak berdaftar adalah secara berperingkat mulai 28 Februari 2022 dan seterusnya.

Wang itu boleh dikeluarkan secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula dari 2 Mac 2022 hingga 30 Jun 2022.

Makluman kelulusan akan dibuat melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan dalam borang permohonan.

Anda juga boleh menyemak status anda secara online di pautan berikut: https://bantuanautomotif.hasil.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd