[Video] Aksi Silat Di Tengah-tengah Jalan Raya Siap Berparang Jadi Pertikaian Netizen
Aksi silat berkenaan yang dilakukan di kawasan berhampiran Jalan Tunku Abdul Rahman itu dipercayai hanyalah sebuah persembahan kerana mempunyai latar belakang muzik.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Seni mempertahankan diri adalah satu kemahiran yang tidak dimiliki oleh ramai individu kerana ia memerlukan tempoh yang agak lama untuk mengasah bakat.
Muay Thai, taekwando, karate, kung fu, wushu dan silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang popular sejak bertahun-tahun dahulu.
Bukan sahaja digunakan untuk mempertahankan diri, malah ia turut dijadikan sebagai persembahan ketika majlis perkahwinan dan membolehkan seseorang menggunakan kemahiran berkenaan untuk pertandingan sukan.
Persembahan Silat Dilakukan Di Tengah Jalan Sekitar Kawasan Melintas
Berbicara tentang silat, baru-baru ini seorang pengguna TikTok (@havocbazaar) telah menunjukkan satu situasi di mana beberapa individu melakukan aksi silat di kawasan khalayak umum.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah apabila silat tersebut dilakukan di tengah-tengah jalan raya sekitar kawasan untuk melintas.
Menerusi pemerhatian kami, aksi berkenaan yang berada di kawasan berhampiran Jalan Tunku Abdul Rahman itu dipercayai hanyalah sebuah persembahan kerana mempunyai latar belakang muzik.
Mereka juga dilihat menggunakan beberapa bilah perang untuk beraksi dengan lebih mencabar ketika berada di atas jalan raya sambil diperhatikan oleh orang ramai.
Netizen Persoal Tujuan Persembahan Silat Itu Dilakukan Di Tengah Jalan
Kebanyakan netizen di ruangan komen menunjukkan reaksi tertanya-tanya dengan tujuan aksi silat itu dilakukan di lokasi terbabit. Malah, mereka turut mempersoalkan sama ada persembahan itu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa atau tidak.
Ada juga netizen yang mempersoalkan kesesuaian lokasi pilihan memandangkan ia merupakan kawasan lalu lintas kenderaan dan agak membahayakan.
Sementara itu, ada juga netizen yang membuat tanggapan bahawa persembahan itu dilakukan sebagai salah satu babak dalam filem.
“Filem tajuk apa ni?” tanya netizen.
Walau bagaimanapun, segelintir netizen pula berpendapat bahawa aksi ini boleh menjadi tarikan kepada para pelancong asing kerana boleh memperkenalkan budaya bangsa kita.
“Terbaik. Tak perlu malu nak tunjuk seni bangsa sendiri. Dekat luar negara orang sempoi je buat persembagan jalanan dalam 30 hingga 60 saat trafik light,” kata netizen.
Wujud Kes Individu Bersilat Di Depan Masjid Nabawi
Terdahulu, pernah wujud satu lagi aksi melibatkan silat yang berlaku di hadapan Masjid Nabawi di kota Madinah.
Mereka yang siap memakai pakaian pendekar lengkap seperti tanjak dan juga kain pelekat itu dipercayai seorang lelaki dewasa bersama dua orang kanak-kanak.
Susulan itu, Ustaz Faiz Fateh telah menegur individu terlibat untuk tidak melakukan perkara pelik di masjid tersebut termasuklah menjaga adab.
“Jangan la buat benda pelik. Jaga adab bila berada di Masjid Nabawi. Balik negara sendiri, bersilat lah habis-habisan,” ujarnya.
Baca Artikel Berkaitan: “Niat Nak Buat Konten?” – 3 Individu Silat Depan Masjid Nabawi Cetus Perdebatan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.