Now Reading
[Video] “Taekwondo Ada Unsur Syirik” – Ustaz Jahid Sidek

[Video] “Taekwondo Ada Unsur Syirik” – Ustaz Jahid Sidek

Beliau sebelum ini turut mendakwa semua ilmu bela diri, termasuk silat dan Taekwondo, juga mempunyai unsur khadam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seni mempertahankan diri merupakan salah satu pilihan orang ramai yang ingin menjalankan aktiviti sampingan.

Bukan sahaja berfungsi dalam membantu mempertingkatkan pertahanan diri, tetapi juga telah menjadi pertandingan sukan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Pelbagai seni bela diri telah menjadi kebiasaan di Malaysia seperti silat yang merupakan budaya Melayu, Kung Fu dari China, Muay Thai dari Thailand dan Taekwondo dari Korea.

Seni bela diri bukan sahaja dapat menguatkan tubuh badan, tetapi turut memupuk sifat disiplin, keyakinan diri dan hormat-menghormati antara satu sama lain

Dengan teknik yang betul, seseorang yang mempraktikkan seni bela diri dapat menendang melebihi paras kepalanya. (Sumber gambar: Pexels)

“Ada Kenalan Nampak Unsur Yang Menyalahi Islam” – Ustaz Jahid Sidek

Namun baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan pendapat oleh Dr Jahid Sidek Al-Khalidi, agamawan dan pakar perubatan Islam, mengenai seni pertahanan diri Taekwondo.

Merupakan seni bela diri yang berasal dari negara Korea, beliau menganggap bahawa ia tidak boleh dipraktikkan oleh umat Islam kerana mengandungi unsur syirik.

Katanya, seorang individu memaklumkan dia telah ke Korea dan melawat satu kawasan dipercayai tempat utama Taekwondo. Video itu mendakwa ketika di sana, dia telah terlihat terdapatnya unsur-unsur yang menyalahi Islam dari segi akidah.

Menurut individu tersebut, ada pemujaan yang dilakukan oleh pihak atasan yang tidak diketahui oleh golongan biasa yang mempraktikkan seni bela diri ini.


Ustaz Jahid Dakwa Rawat Pesakit Dengan Membakar Uniform Taekwondo

Dr Jahid Sidek yang turut dikenali sebagai Ustaz Jahid turut mendakwa pernah merawat seorang wanita yang dikatakan telah menjadi ‘gila’.

Beliau pada mulanya bertanya pada suami wanita tersebut jika dia ada mengamalkan ilmu silat atau taekwondo. Suaminya memaklumkan bahawa dia tidak mempraktikkan kedua-duanya, tetapi anak mereka telah mempelajari taekwondo.

Katanya, mereka kemudiannya pergi ke rumah pasangan tersebut. Satu perasaan seram dipercayai timbul setelah beliau menjejakkan kaki ke dalam sebuah bilik.

Perasaan itu berasa semakin kuat apabila beliau mendekati satu almari besar yang dimaklumkan kepunyaan anak pasangan terbabit.

Apabila almari berkenaan dibuka, ternampak sepasang uniform taekwondo beserta dua tali pinggang.

Ustaz Jahid kemudiannya meminta untuk membakar uniform tersebut bersama-sama tali pinggang dan isteri pasangan terbabit didakwa serta-merta sembuh.

Ustaz Jahid turut memaklumkan bahawa segala aksi seni pertahanan diri seperti pukulan, tendangan dan lompatan bersifat luar biasa. Walaupun aksi dijalankan seperti biasa, namun ia sehingga boleh menyebabkan lawan seseorang itu tumbang.

@manarahstudio

MENJAWAB ISU TAEKWONDO Part 1 drjahidsidek manarah rawatan manarahstudio budi jin syaitan

♬ original sound – Manarah Studio – Manarah Studio

Selain Taekwondo, malah beliau juga mendakwa pernah ‘diserang’ ahli silat kerana membangkitkan isu hampir sama. Ini selepas beliau mendakwa semua seni bela diri ada unsur khadam, termasuk silat.

Sebagai rekod, Dr Jahid pernah menyandang jawatan sebagai Profesor Madya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM).


Tiada Fatwa Pengharaman Taekwondo Di Malaysia

Carian kami tidak menemui sebarang fatwa atau larangan oleh majlis agama berkenaan mempraktikkan Taekwondo mahupun lain-lain seni mempertahankan diri.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dahulu telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai menjalankan demonstrasi Taekwondo di ruang solat.

Ia memaklumkan bahawa demonstrasi berkenaan tidak sepatutnya diadakan di ruang solat, tetapi boleh dilakukan di tempat yang lebih sesuai seperti di dewan.

Jika Taekwondo diharamkan mengikut fatwa kebangsaan, sudah pasti kenyataan tersebut akan memaklumkan tentang pengharamannya dan tidak mencadangkan supaya demonstrasi tersebut dilakukan di tempat lain.


Perbahasan Tentang ‘Bowing’ Dalam Seni Pertahanan Diri

Dalam masa yang sama, timbul isu tentang memberi tunduk hormat atau ‘bowing’ kepada pihak lawan ketika pertandingan Taekwondo.

Terdapat pendapat yang melarangnya kerana tindakan itu seolah-olah menunduk ketika rukuk di dalam solat.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memperjelaskan bahawa harus menundukkan badan dengan niat dan tujuan bagi menghormati seseorang.

Akan tetapi, perkara ini tidak bolehlah sehingga niat memuliakan seseorang itu melebihi atau setaraf dengan Allah SWT.

Dalam masa yang sama, umat Islam diingatkan agar tidak menunduk melebihi had seperti ketika rukuk.

Kedua-dua pihak akan menunduk hormat pada satu sama lain sebelum memulakan sesi ‘sparring’. (Sumber gambar: Pexels)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd