Now Reading
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Perjelas Hukum Makan Dulu Sebelum Bayar. Kena Ambil Tahu!

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Perjelas Hukum Makan Dulu Sebelum Bayar. Kena Ambil Tahu!

Peniaga yang sengaja mengambil kesempatan dengan meminta bayaran mahal kepada pelanggan selepas mereka selesai menikmati hidangan, hukumnya adalah haram dan berdosa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau korang perasan, sesetengah kedai makan mengamalkan konsep makan dahulu sebelum membuat pembayaran.

Namun ada pula segelintir peniaga dikatakan sengaja melakukan polisi sedemikian untuk mengaut keuntungan berlebihan dengan cara mengambil kesempatan daripada pelanggan mereka.

Mana tidaknya, terkejut juga kalau tiba-tiba diminta untuk bayar mahal dan tidak berbaloi dengan kuantiti hidangan yang dipesan.

Malah sebelum ini telah timbul beberapa isu membabitkan kaedah ‘makan dulu, baru bayar’ yang menyebabkan berlaku salah faham antara pelanggan dan peniaga.


Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Beri Penjelasan Tentang Hukum Makan Dulu Sebelum Bayar

Situasi ini secara tidak langsung telah menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat tentang hukum menikmati hidangan sebelum membayarnya terlebih dahulu.

Menerusi sumber dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, persoalan itu telah menemui jawapannya mengikut penjelasan dari segi hukum syarak dalam agama Islam.

Keadaan ini sebenarnya sah di sisi syarak dengan beberapa syarat yang perlu dilakukan bagi menafikan unsur gharar padanya.

Jadi apakah itu gharar? Ghara secara ringkasnya adalah satu penipuan nyata dalam proses jual beli yang digunakan oleh para peniaga untuk mengaut keuntungan yang tidak sepatutnya.

Dan syarat-syarat bagi menafikan gharar adalah seperti berikut:

  • Peniaga perlu meletakkan tanda harga secara jelas dan tidak mengelirukan pelanggan.
  • Pembeli perlu menyemak harga terlebih dahulu sebelum memesan makanan bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham.
  • Harga yang dibayar perlulah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Tetapi sekiranya ada juga peniaga yang sengaja mengambil kesempatan dengan meminta bayaran mahal kepada pelanggan selepas mereka selesai menikmati hidangan, hukumnya adalah haram dan berdosa.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Migrationology)

Apa Itu Akad Jual Beli Dalam Islam?

Asas bagi proses jual beli dalam Islam adalah kedua-dua pihak iaitu peniaga dan pembeli perlu bersetuju dengan perniagaan yang dilakukan.

Perkara ini turut disebutkan oleh Allah SWT dalam kitab suci al-Quran seperti berikut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu. [Surah al-Nisa’ (29)]

Ayat ini mentafsirkan bahawa Allah SWT melarang hamba-Nya untuk melakukan perbuatan memakan harta orang lain secara haram berjudi, merompak, mencuri, melakukan khianat sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati bagi pihak lain dan sebagainya.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Pada asalnya, hukum urusniaga tanpa harganya yang ditetapkan boleh menimbulkan gharar iaitu membatalkan sesuatu akad jual beli.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa akad yang diharuskan untuk menjual beli dengan harga yang tidak diketahui yang disebut sebagai Bay’ al-Istijrar (بيع الاستجرار).

Bay’ al-Istijrar adalah suatu transaksi di mana pembeli mengambil barang sedikit demi sedikit berdasarkan keperluan sebelum membayar harganya selepas itu.


Kesimpulan

Secara ringkasnya, hukum makan dahulu dan bayar kemudian adalah sah serta diharuskan dengan syarat ia tidak menimbulkan unsur gharar.

Kedua-dua pihak bertanggungjawab dalam urusan jual beli di mana peniaga perlu meletakkan tanda harga dengan jelas dan pelanggan juga perlu menyemak harga dan bersetuju dengan pembayaran yang perlu dilakukan.

Barulah tidak menimbulkan pertikaian di kemudian hari.

Baca Artikel Berkaitan: Haram Bawa Balik Makanan Berlebihan Dari Masjid Melainkan Sudah Minta Izin – UAI

Baca Artikel Berkaitan: Dr Zulkifli Perjelas Hukum Makan Salad Udang Hidup Yang Viral. Boleh Ke?

Baca Artikel Berkaitan: Makanan Kenduri Jadi Tak Cukup, MUA Nasihat Jangan Sesuka Hati Ajak Individu Lain Ke Majlis Kahwin Orang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd