Now Reading
Dr Zulkifli Perjelas Hukum Makan Salad Udang Hidup Yang Viral. Boleh Ke?

Dr Zulkifli Perjelas Hukum Makan Salad Udang Hidup Yang Viral. Boleh Ke?

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan bahawa makruh hukumnya memakan hidangan salad udang hidup jika mengikut mazhab Imam Syafie.

Dr Zulkifli Perjelas Hukum Makan Salad Udang Hidup Yang Viral. Boleh Ke_ (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila sebut makanan viral, mesti ramai yang nak cuba tanpa menyelidik terlebih dahulu hukum memakannya bagi individu beragama Islam.

Sebelum ini, trend memakan tiram mentah pernah viral dan ramai yang mendakwa terkena keracunan makanan selepas menikmati hidangan tersebut.

Untuk pengetahuan anda, tiram mentah yang merupakan makanan berasal dari laut boleh menyebabkan keracunan makanan kerana mengandungi bakteria vibrio parahaemolyticus.

Mengikut pandangan bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, hukum memakan tiram yang mentah adalah makruh dan boleh dikategorikan sebagai haram sekiranya ia memudaratkan kesihatan seseorang.

BACA JUGA: Ikut Trend Makan Tiram Mentah, Ramai Dakwa Terkena Keracunan Makanan?

Dr Zulkifli Perjelas Hukum Makan Salad Udang Hidup Yang Viral. Boleh Ke_ (1)
Sumber: Okezone Health

Salad Udang Hidup Pula Kini Jadi Trend

Baru-baru ini, satu lagi menu yang menjadi tular di media sosial iaitu Salad Udang Menari-nari selepas satu video dimuat naik semula oleh seorang pengguna Twiter (@JalanCutiSantai).

Mesti anda tertanya-tanya, kenapa nama menu itu ‘udang menari’? Ia kerana haiwan itu dihidangkan ketika ia masih hidup selepas diambil terus dari dalam akuarium.

Selepas udang itu diceduk dari dalam akuarium, haiwan tersebut dimasukkan ke dalam bekas makanan berisi salad dan digoncang bagi memastikan ia sebati dengan campuran yang lain. Kemudian, ia boleh terus dimakan begitu sahaja.

Difahamkan, salad itu dijual di Pantai Samila, Thailand.

Video salad udang hidup yang tular itu mendapat perhatian ramai sehingga meraih 3.3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Ramai Tertanya-tanya Boleh Ke Makan Salad Udang Menari-nari Itu?

Hidangan salad yang tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rata-ratanya terfikir sama ada hidangan itu boleh dimakan atau tidak bagi individu yang beragama Islam.

Malah, ada yang turut mempersoalkan tentang tahap kebersihan hidangan itu kerana udang berkenaan yang diambil dari dalam akuarium tidak dibasuh terlebih dahulu dan terus dimasukkan ke dalam bekas makanan itu.


Dr Zulkifli Tampil Beri Penjelasan Tentang Hukum Makan Salad Udang Menari-nari

Salah seorang pengguna Twitter (@AmarSheqal) turut mempersoalkan tentang hukum memakan hidangan tersebut dan mengambil keputusan untuk mengajukan soalan tentang hal tersebut kepada Dr Zulkifli.

Menurut Dr Zulkifli, hukum memakan salad udang hidup itu adalah makruh di sisi mazhab Imam Syafie dengan mernujuk kepada al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/73.

Berdasarkan sumber dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan, haiwan yang hidup di dalam air tidak perlu disembelih dan bangkainya adalah suci.

 Firman Allah SWT :

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ

Maksudnya : “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut.”

(Surah al-Maidah : 96)

Imam al-Nawawi telah menyebutkan di dalam kitabnya bahawa terdapat dua pendapat tentang hukum menelan ikan yang masih lagi hidup atau separuh hidup.

Pendapat yang paling sahih ialah makruh dan bukannya haram, manakala pendapat yang kedua adalah haram dan ini adalah merupakan pendapat Imam al-Ghazali.

Oleh itu, ulama berpendapat memasak ikan atau sotong kurita atau lain-lain hidupan air (yang halal dimakan) ketika masih lagi hidup adalah makruh. 

Matikanlah terlebih dahulu haiwan berkenaan dengan cara yang terbaik atau menunggunya mati terlebih dahulu kerana kebiasaannya haiwan yang tinggal di air tidak dapat hidup lama apabila berada di atas daratan.

BACA JUGA: Boleh Ke Orang Islam Makan Siput Escargot?

BACA JUGA: Bekalan Elektrik Terputus, Ayah Goreng Ikan Koi Mati Dalam Kolam Di Rumah


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd