Now Reading
Betul Ke Jin Ludah Pada Pakaian Jika Biar Di Ampaian Waktu Maghrib? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP

Betul Ke Jin Ludah Pada Pakaian Jika Biar Di Ampaian Waktu Maghrib? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan tentang perkara ini selepas ada individu yang bertanya tentang kesahihan ludah jin pada pakaian ketika waktu Maghrib.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perasan tak setiap kali nak masuk waktu Maghrib, mesti mak korang akan suruh angkat pakaian di ampaian kan? Katanya nanti jin meludah pada baju kalau dibiarkan pada waktu senja.

Kalau ditanya sama ada betul atau tidak, katanya nasihat itu sudah lama diamalkan sejak dari zaman nenek moyang lagi.

Tapi kalau dari segi agama, betul ke?


Betul Ke Jin Ludah Pada Pakaian Jika Baju Di Ampaian Dibiarkan Pada Waktu Senja?

Baru-baru ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menerima persoalan dari orang ramai mengenai perkara ini iaitu sama ada tindakan membiarkan pakaian bersidai pada waktu senja boleh mengundang ludah daripada jin.

Menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perkara ini tidak dijumpai dalam mana-mana nas syarak yang menyebut tentang ludah jin pada pakaian jika dibiarkan pada ampaian ketika waktu Maghrib.

Sumber: Pexels

Walau bagaimanapun, hal ini boleh dikategorikan sebagai pantang larang orang tua dalam masyarakat Melayu dengan tujuan untuk mendidik anak muda agar tidak keluar rumah pada waktu senja.

Ini kerana waktu senja merupakan waktu di mana jin dan syaitan berkeliaran.

Perkara ini berdasarkan satu hadis iaitu Jabir RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ، أَوْ أَمْسَيْتُمْ، فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ، فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ، فَإِذَا ذَهَبَتْ سَاعَةٌ مِنَ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ، وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا

Maksudnya: Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah SWT kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Gambar sekadar hiasan.

Selain itu, Imam Ibn ʻAbd al-Barr yang merujuk kepada hadis ini juga menyatakan bahawa ia adalah perkara sunnah jika seseorang itu menutup pintu pada waktu malam terutamanya ketika senja.

Ini kerana ia bertindak sebagai perlindungan daripada terkena kecelakaan jin dalam kalangan manusia.


Kesimpulan

Secara kesimpulannya, tiada hadis yang secara jelas menyatakan tentang ludah jin pada pakaian yang ditinggalkan di ampaian ketika waktu Maghrib.

Dari segi rasionalnya, waktu senja merupakan waktu jin banyak berkeliaran di merata tempat dan manusia dinasihati oleh golongan orang tua sejak zaman dahulu untuk berada di dalam rumah agar tidak terkena sampuk.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd