Now Reading
“Niat Nak Buat Konten?” – 3 Individu Silat Depan Masjid Nabawi Cetus Perdebatan

“Niat Nak Buat Konten?” – 3 Individu Silat Depan Masjid Nabawi Cetus Perdebatan

Seorang lelaki dewasa bersama dua orang kanak-kanak yang memakai pakaian lengkap pendekar dilihat sedang bersilat di khalayak ramai depan Masjid Nabawi, Madinah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum tanah suci Mekah dan Madinah adalah lokasi di mana jutaan umat Islam menunaikan ibadah.

Namun begitu, ada juga kes di mana segelintir individu melakukan perkara yang mencetuskan kontroversi. Seperti sebelum ini, seorang lelaki dilihat telah melamar kekasihnya sambil melutut di hadapan Masjid Nabawi, Madinah.

Baca Artikel Berkaitan: “Sangat Hina” – Netizen Berang Lihat Lelaki Lamar Kekasih Sambil Melutut Di Madinah


3 Individu Bersilat Di Depan Masjid Nabawi

Aksi pelik tidak terhenti di situ sahaja apabila baru-baru ini tular satu hantaran di Facebook Ust Faiz Fateh al-Azhari menyaksikan seorang lelaki dewasa bersama dua orang kanak-kanak sedang bersilat di hadapan masjid yang sama.

Mereka yang siap memakai pakaian pendekar lengkap seperti tanjak dan juga kain pelekat itu dilihat mempersembahkan aksi silat di hadapan pengunjung di kawasan perkarangan Masjid Nabawi.

Susulan itu, Ustaz Faiz Fateh telah menegur individu terlibat untuk tidak melakukan perkara pelik di masjid tersebut termasuklah menjaga adab.

“Jangan la buat benda pelik. Jaga adab bila berada di Masjid Nabawi. Balik negara sendiri, bersilat lah habis-habisan,” ujarnya.

Memetik Harian Metro, masih belum dapat dipastikan identititi individu yang terlibat, sama ada mereka berasal dari Malaysia atau negara jiran.

Sumber: Facebook Ust Faiz Fateh al-Azhari

Reaksi Netizen Lihat Aksi Silat Di Depan Masjid Nabawi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan aksi yang dilakukan oleh tiga orang individu tersebut. Ada yang berkata ianya adalah sekadar konten dan tidak sepatutnya berlaku.

“Niat datang Masjid Nabawi nak buat konten? Malu dekat Rasulullah SAW sikit la, pergi taubat sana,” kata seorang lelaki.

Sumber: Facebook

Malah ada juga yang berpendapat bahawa tindakan mereka untuk memartabatkan budaya silat adalah bagus namun tidak dilakukan di tempat bersesuaian.

“Niat betul nak martabatkan silat dan bangsa Melayu, tempat dia buat tu yang salah. Harap abang tu taubat dan mohon keampunan-Nya,” jelas seorang warganet.

Sumber: Facebook

Masjid Turut Digunakan Untuk Program Ilmu

Sementara itu, Timbalan Dekan Jaringan Industri, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata tindakan bersilat di depan masjid itu tidak sepatutnya dikritik.

Hal ini kerana selain solat dan beriktikaf, masjid juga merupakan tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti program ilmu sejak zaman nabi lagi.

Jelas beliau, pada zaman berkenaan bukan sahaja dalam masjid bahkan kawasan di tepi bangunan tersebut turut digunakan untuk berlatih memanah bagi mempertahankan diri ketika perang.

Masjid itu sebagai pusat untuk semua perkara. Malah ketika itu (zaman nabi) orang bukan Islam datang hendak bertemu dengan nabi di kawasan Masjid Nabawi yang turut dikatakan sebagai tiang perwakilan. Perwakilan dari dalam dan luar negara datang bertemu nabi di situ. Jadi ini bermakna masjid boleh digunakan untuk banyak acara terutama bagi menarik anak-anak muda.

Dr Mohd Izhar.

Bersilat Adalah Aktiviti Yang Positif

Dalam pada itu, Mohd Izhar yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkata selagi mana individu bersilat tidak ditahan oleh pihak berkuasa, maka aksi yang dilakukan adalah dibenarkan mengikut undang-undang.

Walau bagaimanapun beliau berkata, sekiranya individu tersebut cuba untuk menyebarkan ilmu yang salah maka itu tidak boleh dilakukan.

“Jika dia datang untuk tunjukkan ilmu tertentu hingga membuat orang datang ke masjid semata-mata melihat ilmunya yang tidak betul itu, yang itu tidak boleh. Jika dia setakat datang pakai baju silat dan bersilat, mana tahu dengan cara itu ada orang Arab panggil mereka untuk mengajar anak-anak bersilat.

“Itukan sesuatu perkara yang bagus kerana saya melihat perkara ini dari sudut yang positif,” tambah beliau.

Baca Artikel Berkaitan: Lufya Omar Persoal Kenapa Ada Larangan Pakai Pakaian Berkait Palestin Di Tanah Suci Mekah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ustazah Asma’ Tegur Dialog Drama Tidak Sensitif, Maki Mak Mertua Di Tanah Suci


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd