Now Reading
[Video] Lelaki Jumpa Serpihan Kaca Tajam Dalam Minuman Di Kedai Makan

[Video] Lelaki Jumpa Serpihan Kaca Tajam Dalam Minuman Di Kedai Makan

Menurut lelaki dikenali sebagai Abam Jendul, minuman Milo itu dipesan di sebuah kedai makan mamak sekitar Hulu Langat, Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila menjamu selera di restoran atau kedai makan, sudah pasti kita mengharapkan suasana yang selesa serta juadah yang lazat.

Mana tidaknya, bagi sesetengah individu khususnya buat para suri rumah, itulah masa mereka untuk ‘break’ sebentar daripada masak di rumah dan menikmati masakan orang lain pula.

Namun ada juga kes di mana beberapa perkara telah berlaku sehingga menyebabkan seseorang itu sudah tidak ada selera untuk makan di restoran. Seperti terdahulu, seorang pelanggan berasa berang melihat lauk ayam yang dipesan mempunyai bulu tidak dibersihkan sebelum proses memasak.

Jika dilihat daripada gambar dikongsi, memang jelas kelihatan beberapa urat bulu yang masih belum dicabut pada ayam bahagian kepak.

Baca Artikel Berkaitan: “Basuh Tak?” – Pelanggan Kedai Makan Jijik Jumpa Bulu Pada Kepak Ayam


Lelaki Terkejut Jumpa Serpihan Kaca Dalam Gelas Minuman Isteri

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@abamjendul) menyaksikan situasi tidak diduga berlaku kepada isteri seorang lelaki dikenali sebagai Abam Jendul di sebuah kedai makan mamak sekitar Hulu Langat, Selangor.

Abam meluahkan rasa terkejut selepas mendapati terdapat beberapa serpihan kaca dalam minuman Milo yang dipesan. Lebih merisaukan apabila kaca itu disedari selepas si isteri hampir menghabiskan keseluruhan minumannya.

Dia kemudian mengeluarkan setiap serpihan kaca satu demi satu daripada gelas minuman berkenaan dan meletakkannya ke atas pinggan.

Kau makan dekat mamak apa yang dapat ni, kaca guys kaca.

Abam Jendul.

Kejadian Berlaku Gara-gara Cara Penyediaan Minuman?

Abam menerusi ruangan komen dilihat melakukan teori dan beranggapan bahawa kehadiran serpihan kaca dalam gelas mungkin berpunca daripada cara penyediaan minuman tersebut oleh pekerja mamak.

“Mungkin mereka buat air (minuman Milo) guna air panas dan bila letak ais terus, gelas tu meletup dalam kotak ais. Jadi air kedua (minuman Abam) dibuat tanpa fikir apa yang ada dalam tong itu,” jelasnya.

Sumber: TikTok (@abamjendul)

Tetap Bayar Untuk Dapatkan Bukti Pembelian

Mengulas lanjut, Abam turut menunjukkan resit juadah daripada mamak itu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM15.40 termasuklah pesanan makanan dan minuman lain.

Namun begitu, terdapat beberapa individu yang mempertikaikan tindakan Abam kerana membuat pembayaran walaupun insiden sebegitu berlaku.

Sumber: TikTok (@abamjendul)

Ulas lelaki tersebut, dia berkeras untuk membayar dan menolak tawaran mendapatkan juadah secara percuma oleh pekerja kedai makan kerana mahukan resit sebagai bukti pembelian.

Semalam bayar juga sebab saya nak dapatkan resit bukti yang memang saya ada datang dan buat pembelian dekat kedai diorang. Dia nak rasuah tak perlu bayar semalam, tetapi saya tolak.

Abam Jendul.
Sumber: TikTok (@abamjendul)

Pelanggan Buat Aduan Kepada Pihak Berkuasa

Dalam pada itu, Abam juga telah membuat aduan mengenai kes kepada Penyelia Restoran dan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) selain berharap pihak Pusat Komuniti Desa (PKD) Hulu Langat menyiasat tentang kejadian tersebut dengan lebih lanjut.

Sumber: TikTok (@abamjendul)

Netizen Risau Lihat Kaca Tajam Dalam Minuman

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang selepas melihat kewujudan benda tajam dalam minuman seseorang.

“Sebab itu sekarang dah kurangkan makan di luar,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@abamjendul)

Sementara itu, ramai juga di kalangan pengguna laman TikTok berkongsi pengalaman lebih kurang sama yang pernah terjadi kepada diri mereka.

“Dulu saya pernah makan martabak, tiba-tiba kunyah ada seketul kaca dalam itu. Nasib baik tak telan,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@abamjendul)

Buat Laporan Kepada JKN

Selain membuat laporan kepada SISPAA, orang ramai juga dinasihatkan untuk membuat aduan segera kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) jika ada peniaga yang menjual juadah tanpa mematuhi etika penyediaan serta penjualan makanan dengan selamat.

Anda juga boleh salurkan maklumat secara langsung kepada pegawai bertugas di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah terdekat tentang kes berkaitan.

Baca Artikel Berkaitan: “Bukan 1 Tapi 10”- Pelanggan Terkejut Jumpa Dawai Kokot Dalam Nasi Kerabu

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Didakwa Jumpa Kuku Manusia Dalam Bungkusan Coklat Bikin Ramai Geli. Jijik!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd