Now Reading
[Video] Kembar Kreatif Buat Hal Lagi, Kali Ini Tukar Reka Bentuk Tembok Rumah Pula!

[Video] Kembar Kreatif Buat Hal Lagi, Kali Ini Tukar Reka Bentuk Tembok Rumah Pula!

Amin dan Abid Othman dilihat menggunakan concrete grinder dan melakukan pendawaian lampu untuk mengubah tembok rumah ke arah yang lebih moden.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat yang sering mengikuti media sosial dua adik-beradik kembar bernama Amin dan Abid Othman, pasti anda akan tahu mereka gemar melakukan aktiviti kreatif dan luar daripada kotak.

Mereka juga selalu dikaitkan dengan watak animasi komedi bersiri terkenal Phineas and Ferb iaitu dua beradik tiri yang meluangkan masa mereka dengan melakukan projek-projek luar biasa.


Adik Beradik Kembar Ubah Suai Tembok Rumah Sendiri

Baru-baru ini, adik-beradik itu sekali lagi membuatkan orang ramai berasa kagum dengan kebolehan dan aksi mereka. Menerusi perkongsian di laman TikTok (@aminxabid), mereka telah mengambil keputusan untuk mengubah suai tembok rumah sedia ada kepada yang lebih gah dan moden.

Malah, mereka juga mempunyai alatan dan bahan serta pakaian lengkap seperti profesional.

Pertama sekali mereka dilihat menggunakan ‘concrete grinder’ (pengisar konkrit) bagi meratakan setiap tembok bata yang berlengkung. Selepas itu, mereka mulakan pula pendawaian lampu dan meletakkannya dalam paip pvc sebelum dilekatkan pada bahagian tembok.

Bukan itu sahaja, adik-beradik itu juga telah mencantikkan tembok berkenaan dengan cat putih baharu.

Di akhir perkongsian tersebut, Amin dan Abid telah memaparkan rupa tembok rumah mereka selepas dibaik pulih dengan sentuhan moden dan cahaya terang mewarnai laman rumah. Sekali imbas, anda memang tidak akan dapat sangka ianya adalah hasil kerja dua orang mahasiswa.


Netizen Kagum Lihat Kebolehan Amin & Abid

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji bakat serba boleh yang sering ditampilkan oleh Amin dan Abid untuk mencantikkan kawasan rumah.

“Cantik dah rumah parents dia. Dapat anak yang berinovasi macam ni. Teruskan dik, praktikkan segala ilmu dan kreativiti anda,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@aminxabid)

Malah ada yang berkata ahli keluarga dua-beradik kembar itu beruntung memiliki mereka kerana tidak perlu mengupah pekerja untuk melakukan kerja-kerja baik pulih di rumah.

“Untung family dia, tak perlu upah orang mahal-mahal, semua benda boleh buat,” ujar seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@aminxabid)

Sementara itu, sesetengah daripada warganet turut meluahkan rasa kagum selepas melihat tembok yang pada asalnya mahu dicat baharu sudah bertukar menjadi lebih moden.

“Tadi kata cat tiang, kenapa sampai upgrade tembok ada lampu. Dahsyat sangat ni tak boleh tunjuk dekat mak aku,” jelas seorang netizen.

Sumber: TikTok (@aminxabid)

Amin & Abid Tercalon Dalam Anugerah Gempak 2023

Amin dan Abid yang juga graduan peringkat diploma Universiti Teknologi Mara (UiTM) pernah dijemput ke rancangan MeleTOP pada Oktober tahun lalu.

Dalam sesi temu bual itu, mereka telah berkongsi pengalaman mereka sepanjang berada dalam bidang seni. Yang paling mengagumkan ialah mereka pernah menghantar 40 buah rekaan kereta hasil daripada Amin dan Abid sendiri kepada syarikat automobil terkemuka sebelum ini.

Pencapaian mereka tidak terhenti di situ sahaja, apabila adik-beradik kembar tersebut kini tercalon antara Top 5 Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak 2023 bersama barisan influencer TikTok seperti Auntie Purple, Ozzie Manan dan lain-lain.

Undian bagi anugerah itu masih lagi berlangsung dan pemenang utama untuk kategori berkenaan akan diumumkan ketika acara kemuncak Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 pada Februari ini.

Sumber: Instagram (@aminothmanz)

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Murid Kreatif Reka Rumah Idaman, Netizen Terhibur Baca Perincian Barangan Rumah

Baca Artikel Berkaitan: Reka Tandas Pelajar Lelaki Versi ‘Open Air’, Idea Kreatif Guru Di Johor Raih Pujian Netizen

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kreatif & Comel! Kanak-Kanak Peraga Pakaian Dari Bahan Kitar Semula Raih Perhatian Netizen


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd