Reka Tandas Pelajar Lelaki Versi ‘Open Air’, Idea Kreatif Guru Di Johor Raih Pujian Netizen
Konsep tandas secara terbuka yang dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar, Johor itu dilakukan bagi mengelakkan pelajar berasa tidak selesa untuk ‘membuang hajat’.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Selain menjalankan tugas untuk memberi ilmu pengetahuan, para guru juga perlu menjaga kebajikan murid-murid di sekolah.
Aspek kebajikan itu boleh diambil kira dari segi harga makanan yang dijual di kantin, kualiti peralatan serta fasiliti seperti kerusi, meja dan kipas bilik darjah.
Selain itu, bab kebersihan tandas juga perlu diambil perhatian supaya tiada murid yang berasa tidak selesa untuk membuang air besar atau kecil semasa di sekolah.
Guru Reka Tandas Lelaki Jenis ‘Open Air’ Di Sekolah Menengah
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook (Shahrizal Sha’ari), seorang guru dikenali sebagai Cikgu Shahrizal Sha’ari menunjukkan salah satu projek tandas pelajar lelaki di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar, Johor.
Konsep tandas lelaki di sekolah itu agak unik kerana ia dibuat secara terbuka atau ‘open air’ di mana tiada pintu masuk tandas dipasang.
Tetapi jangan risau kerana setiap bilik tandas itu masih mempunyai pintu bagi menjaga privasi masing-masing.
Jikalau sebelum ni memang macam sendu, hauk dan reban ayam. Ini juga satu usaha yang amat bernilai hasilnya. Pelajar lelaki pun tak rasa jijik nak buang air besar dan tak ada gathering lama-lama sebab open air.
Shahrizal Sha’ari.
Jelas guru itu, penggunaan warna biru, putih dan coklat sebagai asas membuatkan tandas berkenaan nampak lebih luas.
Tambahnya lagi, tandas tersebut tidak perlu dihias terlalu cantik. Yang penting para pelajar dapat membuang hajat dengan tenang dan selesa.
Takyah deko sangat asalkan sampai matlamatnya. Suasana lebih bersih dan yakin untuk buang hajat. Tak perlu kata-kata hikmah, tak perlu peraturan bagai sebab budak-budak tak baca pun.
Shahrizal Sha’ari.
Netizen Anggap Tandas Sekolah Jenis ‘Open Air’ Satu Idea Yang Bernas
Idea kreatif oleh guru berkenaan mendapat banyak reaksi positif dari netizen di media sosial dengan rata-ratanya berpendapat bahawa konsep tandas jenis terbuka itu boleh mengelakkan masalah pelajar berkumpul beramai-ramai.
Pada masa yang sama, netizen menganggap konsep berkenaan dapat mengelakkan daripada berlakunya aktiviti vandalisme dalam kalangan pelajar serta mengurangkan bau kurang menyenangkan.
Ada juga netizen yang menyokong kenyataan guru terbabit untuk tidak meletakkan kata-kata hikmah dan menghias tandas secara berlebihan.
Kontraktor Manfaat Dana RM70,000 Untuk Ubah Suai Tandas Pelajar
Masalah berkaitan murid-murid yang tidak selesa untuk ke sekolah disebabkan tandas kurang elok telah menjadi kebimbangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Susulan itu, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM70,000 kepada setiap sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menaik taraf tandas murid.
Sebelum ini, satu lagi sekolah iaitu di Sekolah Kebangsaan Sri Adika Raja, Hulu Perak telah mengubah suai tandas para pelajar dengan memanfaatkan peruntukan dana kerajaan tersebut.
Fasiliti tandas itu ibarat seperti di rumah dan hotel dengan hiasan lantai, dinding dan lampu yang moden.
Di luar tandas pun siap ada rumput palsu berwarna hijau. Bukan itu sahaja, dalam tandas pun ada kipas supaya para pelajar tidak merasa panas di dalamnya.
Percayalah apabila tandas bersih, murid-murid pun selesa nak membuang hajat dan fokus semasa sesi pembelajaran.
Baca Artikel Berkaitan: “Paling Win Antara Semua” – Netizen Terpegun Lihat Tandas Sekolah Moden Lepas Siap Renovate
Baca Artikel Berkaitan: Cadangan Presiden PIBG Mahu Inisiatif Latih Cuci Tandas Sekolah Dimulakan Pelajar Bermasalah Dikritik Ramai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.