[Video] Kreatif & Comel! Kanak-Kanak Peraga Pakaian Dari Bahan Kitar Semula Raih Perhatian Netizen
Peserta yang terdiri daripada kanak-kanak prasekolah itu dilihat menggayakan baju yang diperbuat daripada bahan kitar semula.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dalam zaman yang serba moden ini, sesi pembelajaran dan pengajaran terutama di peringkat prasekolah sudah jauh bezanya berbanding tempoh lebih sepuluh tahun yang lalu.
Jika dibandingkan, sesi pembelajaran dan pengajaran di peringkat ini dilihat lebih kreatif dan maju dalam menyerlahkan bakat dan kreativiti kanak-kanak.
Pelajar Pamer Fesyen Guna Bahan Kitar Semula
Menerusi video yang dikongsikan di akaun Tik Tok @amandaaish_, kelihatan beberapa pelajar prasekolah dilihat sedang menggayakan fesyen yang unik dan kreatif.
Kebanyakan baju yang diperagakan adalah hasil daripada bahan kitar semula seperti plastik, tin, kertas dan kotak. Pelbagai gaya fesyen dapat dilihat antaranya seperti baju gaun yang dibuat daripada plastik.
Namun yang lebih menarik perhatian dan dianggap fesyen yang paling kreatif dan unik adalah gaya burung dan anak ayam yang baru menetas.
“Geram aih yang burung tu,” tulis pemilik video berkenaan.
Difahamkan, pertunjukan fesyen itu merupakan satu pertandingan yang melibatkan kanak-kanak prasekolah di Johor Jaya, Johor Bahru.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji fesyen diperagakan oleh si cilik yang rata-ratanya disifatkan sebagai unik dan kreatif.
Malah, ada di antara mereka yang mengagumi usaha dan kerja keras yang dilakukan oleh guru, ibu bapa serta pihak yang terlibat dalam pertunjukan fesyen ini.
Comel, Boleh Jadi Pelapis Aina Abdul Ni

Bagi Aku Semua Lawa Weh, Mak Ayah Diorang Idea Bergeliga, Kreatif!

Pandainya Depa Reka

Semuanya Pelik-Pelik, Kreatif & Ada Daya Tarikan Tersendiri

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.