Now Reading
[Video] Netizen Tunjuk Paras Laut Di Jakarta, Luah Kebimbangan Ditenggelami Dalam Masa Terdekat

[Video] Netizen Tunjuk Paras Laut Di Jakarta, Luah Kebimbangan Ditenggelami Dalam Masa Terdekat

Air laut yang berombak kuat di persisiran pantai Jakarta itu dilihat hampir memasuki kawasan wilayah Indonesia tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perubahan iklim sejak akhir-akhir ini telah memberi kesan yang boleh mengancam nyawa dan membawa kematian apabila berlakunya banyak bencana alam seperti kejadian banjir dan kebakaran hutan.

Sebagai contoh, penipisan lapisan ozon telah meningkatkan suhu Bumi dan menyebabkan pencairan kutub ais.

Perkara ini secara tidak langsung telah mengakibatkan kenaikan paras laut dan merisikokan kawasan penempatan berhampiran laut.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Banjir Di Pantai Timur Australia Dipanggil ‘Rain Bomb’, Isytihar Darurat Negara

Baca Artikel Berkaitan: 7 Maut Selepas Bandar Seoul Dilanda Banjir Terburuk Dalam Tempoh 80 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: Bangladesh Dilanda Banjir Teruk Sejak 2004. Lebih 3 Juta Penduduk Terperangkap


Netizen Tunjuk Keadaan Paras Laut Di Jakarta

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@noname_0936), seorang netizen yang berada berhampiran sebuah tembok menunjukkan keadaan terkini paras laut di Jakarta yang agak membimbangkan.

Dalam video berkenaan, air laut yang berombak kuat di persisiran pantai itu dilihat hampir memasuki kawasan wilayah berkenaan.

Netizen tersebut menerusi video sama memberi penjelasan bahawa tanah Jakarta telah menurun atau mendap sebanyak 12 sehingga 18 sentimeter setahun.

Jelasnya lagi, kerajaan Jakarta masih meneruskan pembinaan Giant Sea Wall sejak tahun 2014 bagi menghalang banjir.

Perkara berkenaan telah mencetuskan kebimbangan orang ramai selepas video tersebut mendapat 9.3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Netizen Bimbang Dengan Keadaan Paras Air Laut Di Jakarta

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dengan keadaan di Jakarta selepas melihat keadaan paras air laut di ibu kota Indonesia itu.

Netizen berpendapat keadaan ini berlaku disebabkan oleh peningkatan suhu di Antartika sehingga mengakibatkan pencairan ais.

“Laut makin naik disebabkan iklim di Antartika juga sudah mula panas. Ais sudah mula cair,” kata netizen.

Ada juga yang mendakwa bahawa tanah mendap menjadi faktor kepada risiko Jakarta bakal tenggelam.

Pada masa yang sama, netizen turut mendoakan agar penduduk Jakarta diselamatkan dari segala bencana yang memudaratkan dan agar mereka dipermudahkan segala urusan.

Sumber: TikTok

Kerajaan Indonesia Mahu Tukar Ibu Kota Dari Jakarta Kepada Kalimantan

Memetik CNBC Indonesia, Presiden Indonesia Joko Widodo sebelum ini telah mengumumkan pemindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur berikutan faktor bencana dan populasi penduduk melebihi 10 juta sejak tahun 2022.

Selain itu, pertambahan kawasan pembinaan bangunan turut menjadi salah satu punca kepada pemendapan tanah di Jakarta.

Pemindahan ibu kota itu akan dilakukan secara berperingkat dan mungkin akan berterusan sehingga tahun 2045.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa bandar Jakarta berpotensi untuk tenggelam dalam tempoh 10 tahun akan datang kerana faktor pemanasan global.

Sumber dari Indonesia Investments pula menjangkakan bahawa Jakarta bakal berada tiga hingga lima meter di bawah paras laut pada 50 tahun akan datang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd