Now Reading
7 Maut Selepas Bandar Seoul Dilanda Banjir Terburuk Dalam Tempoh 80 Tahun

7 Maut Selepas Bandar Seoul Dilanda Banjir Terburuk Dalam Tempoh 80 Tahun

Bandar Seoul di Korea Selatan mencatatkan taburan hujan melebihi 100 milimeter dalam tempoh satu jam sehingga mengakibatkan banjir terburuk dalam sejarah.

7 Maut Lepas Bandar Seoul Di Korea Selatan Dilanda Banjir Terburuk

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada tahun ini, beberapa negara termasuk Malaysia telah dilanda bencana alam akibat taburan hujan yang berterusan sehingga mengakibatkan kejadian banjir.

Sebelum ini pada Mac lalu, Australia diisytihar darurat susulan banjir buruk di kawasan timut laut negara berkenaan.

BACA JUGA: [Video] Banjir Di Pantai Timur Australia Dipanggil ‘Rain Bomb’, Isytihar Darurat Negara

Pada 4 Ogos lalu, Jepun pula dilanda banjir akibat hujan lebat yang membadai wilayah utara di negara matahari terbit itu.

Seoul, Korea Selatan pula dilanda banjir terburuk dalam sejarah

Semalam (8 Ogos), bandar Seoul di Korea Selatan dilaporkan mengalami kejadian banjir terburuk dalam sejarah selepas hujan lebat secara berterusan dan mengakibatkan beberapa kawasan terputus bekalan elektrik.

Pada masa sama, jalan raya, terowong kereta api bawah tanah dan banyak kenderaan juga terperangkap serta ditenggelami air.

Sumber: The Korea Herald

Memetik laporan Berita Harian, Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA) memaklumkan beberapa bahagian selatan Seoul merekodkan taburan hujan melebihi 100 milimeter dalam tempoh satu jam pada lewat malam semalam.

Beberapa kawasan lain di bandar berkenaan pula menerima taburan hujan sebanyak 141.5 milimeter. Rekod taburan hujan tersebut dicatatkan sebagai yang terburuk dalam tempoh 80 tahun.

Sumber: Yonhap News Agency, Twitter/Raphael Rashid

Sekurang-kurangnya tujuh maut dalam kejadian banjir di Seoul

Susulan banjir yang berlaku, ibu pejabat Pusat Pencegahan Bencana dan Keselamatan memberitahu bahawa lima orang dilaporkan maut di Seoul manakala dua lagi di wilayah Gyeonggi sehingga jam enam pagi hari ini (9 Ogos).

Setakat ini, taburan hujan terkumpul di Seoul telah mencecah paras 420 milimeter sehingga jam lima pagi hari ini.

KMA turut mengeluarkan amaran bahawa hujan lebat berterusan di wilayah tengah negara tersebut sehingga esok (10 Ogos).

Penduduk sekitar Seoul kongsi video keadaan banjir di sana

Di media sosial, beberapa video telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter (Raphael Rashid) menunjukkan kawasan di sekitar Seoul ketika air deras mengalir di jalan raya sewaktu hujan lebat masih berterusan pada malam semalam (8 Ogos).

Pintu masuk kawasan parkir juga telah dipenuhi air.

Malah stesen kereta api bawah tanah di Isu Station, Seoul turut dimasuki air dengan begitu pantas mengakibatkan kawasan menunggu dipenuhi air.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd