Bangladesh Dilanda Banjir Teruk Sejak 2004. Lebih 3 Juta Penduduk Terperangkap
Sehingga kini, sekurang-kurangnya 42 orang dilaporkan maut dalam bencana banjir besar yang melanda Bangladesh.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kesan perubahan iklim yang berlaku secara drastik kini boleh dirasai oleh seluruh dunia selepas beberapa bencana alam kerap kali berlaku.
Malaysia juga tidak terkecuali apabila sebelum ini beberapa buah negeri seperti Selangor, Terengganu, Pahang dan Kelantan dilanda banjir besar pada bulan Disember tahun lalu. Kawasan yang tidak pernah dinaiki air juga terkena tempias.
BACA JUGA: Angkatan Tentera Malaysia Sertai Usaha Bantuan Banjir Tanpa Kelulusan
Bangladesh dilanda banjir terburuk
Baru-baru ini, salah satu negeri di India iaitu Bangladesh dilanda banjir besar sejak Sabtu lalu (18 Jun) berikutan ribut monsun.
Sehingga kini, lebih 3.1 juta penduduk terkandas, 200,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara dan 42 orang maut.
Pakar kerajaan menyifatkan bencana ini sebagai yang terburuk dalam sejarah Bangladesh sejak tahun 2004 dan memberi amaran bahawa keadaan akan menjadi lebih teruk pada masa akan datang.

Beberapa video juga dimuat naik di laman sosial menunjukkan keadaan bencana banjir yang sangat teruk di Bangladesh.
Inna lillahi wa inna ilayhi rajioon
— Thaminah (@thaminah13) June 18, 2022
Sylhet has been hit with the worst heavy floods that it has ever seen this century. People of Sylhet from heavy flooded areas such as Sunamganj and Companiganj had to be evacuated as their homes were submerged. pic.twitter.com/2WPsydRzIg
There is a horrible flood situation is going on at Sylhet, Bangladesh. Sylhet & Sunamganj are totally submerged under water. We are witnessing the disastrous flood of the century. Power is cut off and ppl can't even drink water. We need help please spread the news in int media. pic.twitter.com/SsIPstvZiL
— Pedriesta (@JoyBarca1899) June 18, 2022
Please keep Bangladesh in your thoughts and prayers. Millions are experiencing devastating floods and thousands have been displaced. pic.twitter.com/fwb9pMtlDF
— Naveed Iqbal (@BeyNaveed) June 18, 2022
Penduduk Bangladesh berdepan bahaya
Menurut laporan, banjir di Bangladesh menjadi ancaman biasa kepada para penduduk di kawasan rendah. Namun, pakar mengatakan bahawa perubahan iklim telah meningkatkan kekerapan serta ketidakpastian terhadap perubahan cuaca.
Ketua Pusat Ramalan Banjir dan Amaran Bangladesh Arifuzzaman Bhuiyan memaklumkan negara berkenaan mempunyai hampir 130 sungai dan kebanyakannya telah melepasi paras bahaya.
Panel Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berpendapat bahawa 17% rakyat Bangladesh perlu dipindahkan dalam tempoh satu dekad akan datang jika pemanasan global berterusan.

Sama-sama kita mendoakan agar penduduk Bangladesh berada dalam keadaan selamat dan semoga banjir di kawasan mereka cepat surut.
Sebelum ini, Australia juga dilaporkan mengalami banjir besar sehingga kerajaan mereka terpaksa mengisytiharkan darurat.
BACA JUGA: [Video] Banjir Di Pantai Timur Australia Dipanggil ‘Rain Bomb’, Isytihar Darurat Negara
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.