Now Reading
[Video] Banjir Di Pantai Timur Australia Dipanggil ‘Rain Bomb’, Isytihar Darurat Negara

[Video] Banjir Di Pantai Timur Australia Dipanggil ‘Rain Bomb’, Isytihar Darurat Negara

Ini adalah kali pertama darurat diisytiharkan selepas undang-undang berkaitan perkara itu digubal susulan krisis kebakaran belukar 2019/20.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, suatu kejadian banjir yang tidak disangka telah memusnahkan bahagian pantai timur di Australia.

Banjir ini juga menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang maut dan beribu-ribu bangunan musnah dan rosak sejak banjir melanda pada akhir Februari dek curahan hujan luar biasa dalam masa seminggu.

Sumber: The Guardian.

Menurut laporan, Perdana Menteri Australia Scott Morrison mengumumkan darurat akan diisytiharkan susulan banjir buruk yang melanda kawasan timur laut negara itu.

Morrison mengumumkan perkara itu pada Rabu (9 Mac).

Pengisytiharan itu akan memberi kerajaan persekutuan lebih kuasa untuk menempatkan Pasukan Pertahanan Australia (ADF) dan sokongan kewangan ke kawasan terjejas.

Ini adalah kali pertama darurat diisytiharkan selepas undang-undang berkaitan perkara itu digubal susulan krisis kebakaran belukar 2019/20.

Pengisytiharan ini juga akan membantu mengurangkan kerenah birokrasi dan mempercepatkan bantuan daripada anggota pertahanan di tengah-tengah kritikan mengenai tindak balas perlahan terhadap banjir yang mengakibatkan mangsa terkorban.


Penduduk Kecewa.

Sumber: Insurance Council of Australia.

Sebahagian besar pantai timur Australia ditenggelami air selepas sistem tekanan rendah kedua yang kuat dalam beberapa minggu menyebabkan paras banjir semakin meningkat dan memusnahkan seluruh komuniti serta menyebabkan ramai orang terperangkap di penempatan mereka.

Penduduk walau bagaimanapun bertambah kecewa apabila tiada akses kepada elektrik dan internet hingga beberapa hari. Malah, mereka turut menyalahkan pihak berkuasa yang lambat bertindak, selain skala bantuan perlahan.


La Niña.

Sumber: BBC

Musim panas pantai timur Australia didominasi oleh fenomena cuaca La Niña.

Kebiasanya dikaitkan dengan hujan lebih besar dan kebanyakan sungai menghampiri kapasiti penuh walaupun sebelum berlakunya hujan lebat kebelakangan ini.

Menurut laporan The Guardian, walaupun bahagian pantai timur telah banjir, kawasan lain melihat hujan di bawah purata kerana krisis iklim bermakna ‘basah semakin basah dan kering semakin kering’.

Data Biro Meteorologi menunjukkan bahawa pada bulan lalu, ketika hujan lebat melanda tenggara Queensland dan pantai New South Wales, utara Australia telah mengalami hujan di bawah purata.

Laporan biro terkini juga menunjukkan bahawa hujan bulan Februari adalah di bawah paras purata untuk Tasmania, tenggara Australia Selatan, kebanyakan Victoria dan sebahagian pantai selatan Australia Barat.

Desil hujan untuk Februari 2022.
(Sumber: BoM/The Guardian)

David Karoly, seorang profesor dalam geografi, sains bumi dan atmosfera di Universiti Melbourne menjelaskan bahawa adalah tipikal peristiwa La Niña untuk melihat peningkatan hujan di utara dan timur Australia, serta keadaan yang lebih kering di barat daya Australia sebagai “bahagian lain La Niña”.


‘Rain Bomb’.

Menjengah di media sosial, keadaan banjir di Australia dilihat begitu parah. Ini kerana laporan mengatakan ada yang hampir 16 jam tunggu di atas bumbung untuk diselamatkan.

Malah, mereka juga menghadapi risiko kemungkinan buaya terlepas ke kawasan rumah.

Video di bawah menunjukkan bagaimana paras air dilihat menaik di paras yang begitu tinggi.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd