Now Reading
[Video] Penduduk Jakarta Tunjuk Paras Air Laut Lebih Tinggi Dari Darat Buat Ramai Risau

[Video] Penduduk Jakarta Tunjuk Paras Air Laut Lebih Tinggi Dari Darat Buat Ramai Risau

Paras air laut dilihat telah melebihi separuh tembok yang berada di kawasan pejalan kaki itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kesan perubahan iklim yang berlaku secara drastik kini boleh dirasai oleh seluruh dunia selepas bencana alam kerap kali berlaku dan meragut banyak nyawa.

Beberapa negara seperti Australia dan Bangladesh juga dilanda banjir yang agak dahsyat selepas tempoh berpuluh tahun.

BACA JUGA: Bangladesh Dilanda Banjir Teruk Sejak 2004. Lebih 3 Juta Penduduk Terperangkap

Seoul, Korea pula mencatatkan kejadian banjir terburuk dalam tempoh 80 tahun ketika negara tersebut dilanda bencana alam pada bulan Ogos lalu.

BACA JUGA: 7 Maut Selepas Bandar Seoul Dilanda Banjir Terburuk Dalam Tempoh 80 Tahun

Sumber: The Korea Herald

Paras Air Laut Di Jakarta, Indonesia Lebih Tinggi Dari Darat

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok (@akuajaibbb), penduduk tempatan Indonesia menunjukkan situasi yang membimbangkan selepas paras air laut di Jakarta dilihat telah melebihi ketinggian kawasan darat.

Dalam video itu, anda boleh melihat sendiri paras air laut tersebut telah melepasi separuh daripada ketinggian tembok di sebelah kawasan pejalan kaki yang menjadi laluan penduduk.

Keadaan ini lebih menimbulkan kerisauan sekiranya paras air meningkat lagi pada tempoh beberapa tahun akan datang.

Paras air laut yang meningkat akan menyebabkan tekanan air turut bertambah dan berkemungkinan tembok sedia ada tidak mampu menampung tekanan tersebut.

Video tersebut telah meraih 8.9 juta tontonan ketika artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@akuajaibbb/video/7173119183725579546?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Orang Ramai Risau Jika Paras Air Sampai Tahap Melepasi Tembok

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa bimbang dan takut melihat keadaan paras air laut di ibu kota Indonesia itu.

Malah, ada juga yang memberi cadangan agar tembok itu ditinggikan lagi supaya air tidak melimpah masuk ke kawasan daratan yang dipenuhi dengan tempat tinggal penduduk.

Ramai yang turut mendoakan penduduk di sana tidak ditimpa sebarang musibah yang boleh membahayakan keselamatan mereka.


Sebelum ini, Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengumumkan pemindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur berikutan faktor bencana seperti banjir dan gempa bumi serta populasi penduduk melebihi 10 juta.

Ia bagaimanapun akan dilakukan secara berperingkat dan mungkin berterusan sehingga tahun 2045.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden juga pernah mengeluarkan satu kenyataan bahawa bandar Jakarta berpotensi untuk tenggelam dalm tempoh 10 tahun akan datang kerana pemanasan global.

BACA JUGA: [Video] Banjir Di Pantai Timur Australia Dipanggil ‘Rain Bomb’, Isytihar Darurat Negara


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd