Now Reading
“Realistik & Mudah Dilaksanakan” – Manifesto Calon MPP Beri Deodorant Untuk Pelajar Badan Berbau Raih Pujian

“Realistik & Mudah Dilaksanakan” – Manifesto Calon MPP Beri Deodorant Untuk Pelajar Badan Berbau Raih Pujian

Manifesto tentang pemberian deodorant yang disenaraikan oleh seorang calon Majlis Perwakilan Pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu telah mendapat perhatian orang ramai di media sosial.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, setiap universiti pasti akan ada barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang menjadi suara kepada para mahasiswa.

Tiba sahaja penggal atau semester baru pengajian, jawatankuasa MPP kebiasaannya akan bertukar. Oleh disebabkan itu, satu sesi pilihanraya kampus melibatkan pengundian mahasiswa dan mahasiswi bakal diadakan bagi memilih calon MPP yang paling sesuai.

Dalam masa kempen pilihanraya tersebut berjalan, setiap calon harus menyatakan manifesto masing-masing iaitu sumbangan yang bakal disalurkan untuk menjaga kebajikan pelajar.


Calon MPP Bermanifesto Akan Agih Deodorant Buat Pelajar Ada Bau Badan

Baru-baru ini, tular hantaran di laman X apabila seorang pengguna media sosial berkongsi satu poster memaparkan manifesto seorang calon MPP Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dikenali sebagai Siti Nur Asyerra.

Pelajar daripada Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan itu telah menjanjikan dua perkara yang bakal dilaksanakan sekiranya dipilih sebagai MPP universiti berkenaan pada sesi pengundian dijalankan pada hari ini (12 Januari).

Dua manifesto yang dinyatakan adalah seperti berikut:

  • Pengagihan deodorant (ubat ketiak) buat pelajar yang mempunyai masalah bau badan.
  • Memperkasakan sistem mentor-mantee di kalangan pelajar.
Sumber: Instagram (@sm_ums)

Netizen Anggap Manifesto Tentang Deodorant Adalah Bernas

Manifesto yang dicadangkan itu kemudiannya telah menarik perhatian orang ramai di kalangan pengguna laman X.

Seorang netizen memuji idea bernas pelajar itu kerana mengusulkan langkah pencegahan tentang masalah bau badan yang dialami oleh sesetengah pihak.

“Sis tak boleh tahan bau badan orang sampai sanggup jadi MPP untuk suruh orang pakai deodorant. Massive respect,” kata seorang warganet.

Sumber: X

Ada juga yang berpendapat bahawa segelintir masyarakat masih belum mendapat kesedaran untuk memakai deodorant walaupun mempunyai masalah badan berbau.

“Bagus juga timbulkan tentang deodarant ni, ada je orang dah berumur macam akak tak pakai deodorant,” ujar seorang wanita.

Sumber: X

Sementara itu, ada yang turut berkongsi kisah yang dilalui semasa berada di alam kampus.

“Kau akan terkejut jika tahu ramai student universiti kepam, busuk dan pengotor tetapi tidak menyedarinya. Kawan-kawan semua pening dan tak tahu nak tegur macam mana,” jelas seorang warganet.

Sumber: X

Namun ada yang berpendapat isu deodorant ini timbul memandang UMS sudah lama berdepan dengan masalah bekalan air di kampus sekaligus menyukarkan pelajar mandi.

Sumber: X

Memang tidak dapat dinafikan inisiatif tersebut berkemungkinan dapat menyelesaikan masalah pelajar yang mempunyai bau badan melampau.

Apa-apa pun kami doakan agar mahasiswi Nur Asyerra maju jaya dan dapat membantu para mahasiswa pada masa akan datang.

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Ceddy Selar Dakwaan Bangsa Cina Tak Mandi Pagi Kerana Mahu Buang ‘Ong’

Baca Artikel Berkaitan: Teknik ‘Layering’ Dalam Semburan Minyak Wangi Boleh Buat Bau Tahan Lebih Lama. Jom Cuba!

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Perjelas Kenapa Ramai ‘Obses’ Dengan Bau Bayi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd