Now Reading
Teknik ‘Layering’ Dalam Semburan Minyak Wangi Boleh Buat Bau Tahan Lebih Lama. Jom Cuba!

Teknik ‘Layering’ Dalam Semburan Minyak Wangi Boleh Buat Bau Tahan Lebih Lama. Jom Cuba!

Teknik ‘layering’ menggunakan kombinasi beberapa produk adalah kunci utama untuk menjadikan minyak wangi tahan lebih lama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali sebelum keluar dari rumah untuk pergi ke mana-mana lokasi, rasa macam tak lengkap kalau tak sembur minyak wangi kan?

Bercakap soal minyak wangi, setiap orang ada pilihan minyak wangi masing-masing. Ada yang lebih gemarkan bau vanilla, musky, manis dan sebagainya.

Tetapi anda perasan tak, sesetengah haruman yang kita pakai hanya bertahan untuk tempoh yang singkat sahaja.

Kalau macam itu, terpaksalah kita bawah minyak wangi bersaiz kecil untuk disimpan di dalam beg pada setiap masa.


Tips Supaya Bau Minyak Wangi Tahan Lebih Lama Pada Badan

Kepada anda yang mengalami masalah di mana bau minyak wangi hanya bertahan dalam tempoh yang singkat, jom kami kongsikan tips bagi memastikan ia dapat bertahan lebih lama.

Teknik utama yang digunakan dipanggil sebagai ‘layering’, Nak ‘layer’ menggunakan kombinasi produk apa? Antaranya:

1. Tips Bau Minyak Wangi Lebih Lama: Losyen Tanpa Bau Dan Eau De Parfum (EDP)

Sumber: Twitter

Ada sesetengah losyen yang dijual di pasaran mempunyai bau tersendiri. Untuk tips ‘layering’ ini, gunakan losyen tanpa bau (unscented) supaya tidak bercampur dengan bau minyak wangi.

Takut kalau bercampur bau losyen dan minyak wangi nanti pelik pula.

Caranya adalah dengan menyapu losyen di seluruh badan. Kemudian baru anda semburkan minyak wangi.

2. Tips Bau Minyak Wangi Lebih Lama: Body Mist Dan EDP

Sumber: Carousell

Semburkan body mist yang mempunyai bau hampir sama dengan minyak wangi EDP anda pada badan anda. Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, boleh juga sembur body mist pada baju.

Teknik ‘layering’ ini akan menaikkan lagi bau dan menjadi minyak wangi lebih tahan lama.

3. Tips Bau Minyak Wangi Lebih Lama: Eau De Toilette (EDT) Dan EDP

Sumber: Dior Beauty Online Boutique Malaysia

Anda boleh buat eksperimen sendiri dengan mencuba pelbagai campuran minyak wangi EDT dan EDP yang mempunyai kombinasi sesuai.

Bukan setakat boleh membuatkan minyak wangi anda tahan lebih lama, malah ia juga akan menghasilkan bau unik anda sendiri.

4. Tips Bau Minyak Wangi Lebih Lama: Losyen Badan, Body Mist Dan EDP

Sumber: Carousell

Untuk menggunakan tips ini, pastikan body mist, losyen badan dan minyak EDP itu terdiri daripada bau yang sama supaya tidak mengganggu bau EDP yang sebenar.


Perbezaan Jenis-jenis Minyak Wangi

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa berapa banyak jenis minyak wang sebenarnya? Dan apakah perbezan kesemuanya itu?

Untuk pengetahuan anda, minyak wangi terdiri daripada pelbagai jenis dan mempunyai durasi ketahanan bau yang berbeza mengikut kepekatannya.

  • Parfum
    • Mempunyai kepekatan terbesar pati minyak wangi iaitu sekitar 15% hingga 40%.
    • Ia datang dalam botol yang lebih kecil dan lebih mahal kerana ia digunakan dalam kuantiti yang sangat rendah.
    • Boleh bertahan sekitar enam hingga lapan jam dan merupakan pilihan yang sempurna untuk dipakai semasa acara malam.
  • Eau De Parfum (EDP)
    • Eau De Parfum mempunyai kepekatan antara 15% hingga 20% pati minyak wangi dan biasanya bertahan sekitar lima hingga enam jam.
    • Juga dipanggil ‘perfume water’ dalam bahasa Perancis, EDP adalah kategori wangian yang paling biasa dan banyak dijual di gedung membeli-belah.
  • Eau De Toilette (EDT)
    • Mempunyai kepekatan antara 5% hingga 15% kepekatan dan mampu bertahan sekitar empat hingga lima jam.
  • Eau De Cologne (EDC)
    • Dengan hanya 2% hingga 4% pati minyak wangi, EDC lebih murah harganya dan boleh bertahan selama dua hingga tiga jam sahaja.
  • Eau Fraiche
    • Sama juga dengan EDC, Eau Fraiche mempunyai kepekatan pati minyak wangi yang sangat rendah iaitu sekitar 1% hingga 3% sahaja dan mampu bertahan maksimum dua jam.

BACA JUGA: What’s The Difference Between Perfume, Cologne, Eau De Toilette And Other Fragrances

BACA JUGA: [Video] Lelaki Dedah Kenapa Tak Boleh Pakai Minyak Wangi Ketika ‘Hiking’


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd