Now Reading
Doktor Perjelas Kenapa Ramai ‘Obses’ Dengan Bau Bayi

Doktor Perjelas Kenapa Ramai ‘Obses’ Dengan Bau Bayi

Tak boleh nak gambarkan betapa tenangnya bila mencium bau bayi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali tengok bayi, mesti rasa macam nak gomol-gomol sebab comel sangat! Siapa je yang tak obses dengan anak kecil ini?

Walaupun anak kecil ini cuma tidur, tetapi rasa tenang sangat bila tengok raut wajah mereka.

Bukan itu sahaja, boleh dikatakan ramai yang suka bau bayi setiap kali mendukung mereka. Ada yang sampai berkali-kali juga mencium bau mereka.

Tak boleh nak gambarkan bau bayi itu macam mana. Rasa tenang sangat. Kalau diikutkan dari segi saintifik, ada sebab kenapa kita suka mencium bau bayi.

Sumber: Mother & Baby

Baru-baru ini, seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Redza Zainol menerangkan kenapa ramai yang suka mencium bau bayi.

Antara sebabnya adalah kerana:

1. Mampu menghasilkan hormon gembira

Satu rembesan iaitu hormon dopamin yang membuatkan seseorang berasa seronok akan terhasil ketika mencium bau bayi. Sebenarnya hormon ini juga terhasil ketika kita membuat hobi atau aktiviti yang digemari.

Jadi semakin banyak hormon dopamine terhasil, semakin mudah seseorang itu berasa gembira.

2. Cara untuk lebih rapat dengan anak

Bau bayi juga boleh membuatkan seseorang ibu itu lebih mudah rapat dengan anak mereka.

3. Cara bayi meminta perlindungan

Seperti kita semua sedia maklum, bayi masih tidak mampu untuk bertutur dengan bahasa yang difahami. Jadi mereka akan memberikan isyarat sebagai petanda untuk meminta sesuatu.

Dua isyarat tersebut adalah dengan menangis dan mengeluarkan bau badan.

4. Boleh menghasilkan hormon bahagia

Selain hormon dopamin, satu lagi hormon bahagia akan terhasil iaitu oksitosin. Makin kerap ibu membelai bayi mereka, makin tinggi penghasilan hormon bahagia ini.


Jadi sewaktu bayi masih kecil, nikmatilah bau tersebut sepuas-puasnya! Bila mereka makin membesar, bau ‘tenang’ itu akan semakin hilang.

Tetapi waktu musim Covid-19 ini, elakan mencium bau bayi orang lain okay? Imunisasi anak kecil masih rendah dan agak berbahaya jika mereka terdedah dengan wabak tersebut.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd