Now Reading
“Confident Beli Mana?” – Rider Terjah Event Perasmian Kafe Bersama Datuk Bandar Bikin Ramai Terhibur

“Confident Beli Mana?” – Rider Terjah Event Perasmian Kafe Bersama Datuk Bandar Bikin Ramai Terhibur

Rider Foodpanda itu dengan selamba turut serta dalam acara pemotongan riben bersama Datuk Bandar bagi perasmian kafe Nasken Coffee di Menara DBKL.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memupuk sifat yakin dalam diri sememangnya sesuatu yang bagus untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan orang lain.

Namun telatah seorang rider yang terlebih ‘confident’ telah menarik perhatian orang ramai di media sosial.

Seperti sebelum ini, penghantar makanan itu dengan bersahaja telah bergurau senda sambil memegang perut Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad Tan Sri Vincent Tan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Rider Makanan Selamba Minta RM100 Dari Vincent Tan Buat Ramai Terhibur


Rider Foodpanda Sertai Datuk Bandar Rasmikan Pembukaan Kafe

Namun begitu, gelagat rider Foodpanda tersebut tidak terhenti di situ sahaja apabila tular satu lagi hantaran menerusi akaun TikTok (@emy_chachacha) menunjukkan dirinya dengan selamba turut serta dalam majlis perasmian pembukaan kafe Nasken Coffee, Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Setibanya di lokasi majlis, penghantar makanan yang dikenali sebagai Emy itu berkata kepada Datuk Bandar untuk melibatkan dirinya sekali dalam acara memotong riben.

“Minta maaf eh, kalau benda macam ni kena ajak saya. Saya orang penting dekat sini,” katanya.

Sejurus selepas itu, dia terus mengambil sebilah gunting daripada seorang wanita yang bertugas untuk merasmikan pembukaan kafe bersama pihak berkuasa berkenaan.

Walaupun Datuk Bandar kelihatan tergamam dengan situasi tidak dijangka, namun dia tetap meneruskan majlis memotong riben dengan Emy di sisi.

Selesai sahaja acara itu, Emy kemudian bersalaman dengan Datuk Bandar yang dilihat tersenyum menyaksikan gelagatnya.

“Ingat saya biasa-biasa je ke? Terima kasih Datuk,” ujarnya dalam klip video itu.

Sumber: TikTok (@emy_chachacha)/Facebook Nasken Coffee

Adakah Ia Satu Gimik?

Menjengah ke ruangan komen, ada pengguna laman TikTok berpendapat bahawa aksi itu merupakan satu gimik dan sudah dirancang.

“Dah minta izin awal. Kalau main terjah memang jadi kes lain,” jelas seorang netizen.

“Saya perasan akak pakai tudung putih angguk kepala suruh join,” tambah seorang lagi individu.

Sementara itu, seorang lelaki dilihat terhibur melihat telatah Emy yang tidak segan untuk melakukan aksi sedemikian di majlis formal tersebut.

“Kau buat macam event kau eh bang,” kata seorang individu.

Selain itu, perwatakan Emy yang bersahaja itu telah menarik perhatian ramai kerana dia seolah-olah tidak berasa takut.

“Dia punya confident tu tahap lain kan,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@emy_chachacha)

Buat anda di luar sana, jangan amalkan perangai sebegini tanpa kebenaran okay? Yelah, risau pula sekiranya menimbulkan kekacauan di majlis orang lain.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rider Nak Bantu Nenek Balik Rumah, Tapi ‘Aunty’ Lupa Alamat Pula. Alamak!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Berani Lu Bro” – Tular Rider Rela Redah Banjir Demi Nak Hantar Makanan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd