Now Reading
[Video] “Berani Lu Bro” – Tular Rider Rela Redah Banjir Demi Nak Hantar Makanan

[Video] “Berani Lu Bro” – Tular Rider Rela Redah Banjir Demi Nak Hantar Makanan

Berdasarkan video tersebut, kelihatan paras air hampir melebihi ketinggian tayar motosikal yang ditunggang rider tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sepeti diketahui umum, negara pada ketika ini sedang dilanda musim monsun menyebabkan hujan lebat berterusan kerap berlaku.

Lebih parah, beberapa kawasan rendah sering dinaiki air hingga menyebabkan berlakunya bencana banjir.

Walaupun negara dilanda cuaca yang tidak menentu, namun penghantar makanan masih dilihat bersemangat menjalankan tanggungjawab mereka.

BACA JUGA: “Jangan Aniaya Orang” – Video Rider Kena Sidai Dengan Pelanggan Masa Hujan Lebat Buat Ramai Kesian

Rider hantar makanan sanggup redah banjir

Hal ini susulan tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang rider sanggup meredah air banjir yang agak tinggi parasnya demi menghantar makanan kepada pelanggan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @echa.cha__, kelihatan paras air pada ketika itu hampir melimpasi ketinggian tayar motosikal tersebut. Memang Tinggi, Seriau Tengok!

“Terima kasih abang panda hantar makanan walaupun rumah banjir, tolong cari sat mana tau single lagi.”

https://www.tiktok.com/@echa.cha__/video/7162034198591589658

Dalam video sama, rider berkenaan juga kelihatan lengkap memakai baju hujan berwarna hitam ketika sedang menunggang motosikal.

“Bagus abang panda” – Netizen

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial memuji sikap rider tersebut yang tetap menjalankan tanggungjawab meskipun cuaca tidak mengizinkan.

Tindakan rider itu juga telah menghiburkan hati netizen yang menontonnya.

BACA JUGA: “Hantar Blok I,” – Perbualan Antara Rider & Pelanggan Ini Buat Ramai Berdekah [Video]

BACA JUGA: Rider Tak Jadi Mogok 24 Jam Lepas Syarikat Penghantar Makanan Tawar Bonus


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd