Now Reading
[Video] Gelagat Rider Makanan Selamba Minta RM100 Dari Vincent Tan Buat Ramai Terhibur

[Video] Gelagat Rider Makanan Selamba Minta RM100 Dari Vincent Tan Buat Ramai Terhibur

Seorang rider Foodpanda dengan bersahaja meminjam RM100 daripada Vincent Tan ketika ditemui di sekitar Bukit Bintang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penghantar makanan di Malaysia dikenali dengan sifat mereka yang rahmah dan suka membantu rakyat tempatan.

Seperti sebelum ini, seorang rider HappyFresh telah memberikan seekor kucing makan kerana tuannya sibuk dengan persiapan Hari Raya sehinggakan terlupa.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lupa Beri Makan Kucing, Rider HappyFresh Datang Bantu. Siap Tunggu & Kemaskan!

Namun kali ini, penghantar makanan telah sekali lagi mendapat perhatian warganet kerana sikapnya yang bersahaja dengan seorang individu ternama.


Rider Foodpanda Jumpa Dengan Vincent Tan Di Bukit Bintang

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di akaun TikTok (@emy_chachacha), menunjukkan seorang rider Foodpanda berkongsi kisah dia mendapat RM100 daripada Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.

Menurut penghantar makanan yang dikenali sebagai Emy, dia telah berjumpa dengan Vincent ketika sedang dalam perjalanan menuju ke sebuah kedai air minuman dipercayai sekitar Bukit Bintang.

Jelasnya, dia datang semula ke kedai tersebut kerana terlupa untuk membayar caj minuman pada hari sebelumnya.

Namun situasi tersebut telah mencuit hati orang ramai apabila lelaki ini menggelarkan Vincent sebagai ‘uncle’ kerana dia terlupa siapakah sebenarnya beliau.

“Masalahnya aku macam pernah nampak tau uncle tu sebelum ni, tapi aku lupa dekat mana,” ujarnya.


Vincent Tan Beri RM100 Kepada Rider Makanan

Selepas itu, rider berkenaan berkata dia dengan bersahaja telah meminta Vincent untuk meminjamkan wang sejumlah RM100.

Alangkah terkejutnya rider itu, selepas Vincent terus memberikan duit yang diminta.

“Dia bagi weh dekat aku seratus. Rezeki aku,” ujarnya sambil tertawa.

Emy dalam masa sama telah mengucapkan terima kasih kepada Vincent kerana memberikannya wang selain mendoakan agar beliau sentiasa dimurahkan rezeki.


Rider Foodpanda Beramah Mesra Dengan Vincent Tan Sampai Boleh Pegang Perut

Di akhir perkongsian itu, lelaki tersebut telah menunjukkan momen interaksi antaranya dengan Vincent di hadapan kedai bakeri Baker’s Cottage.

Vincent turut dilihat tertawa dan terhibur dengan gelagat rider yang menari-nari di hadapannya.

Tanpa berasa gentar, lelaki itu juga sempat memegang sebentar perut Vincent yang berada di sebelahnya seolah-olah seperti beliau adalah rakannya.

Interaksi yang tidak disangkakan itu kemudian diakhiri dengan salaman tangan antara kedua-dua individu tersebut.

Sumber: TikTok (@emy_chachacha)

Netizen Terhibur Lihat Gelagat Penghantar Makanan Yang Bersahaja

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat terhibur dengan kisah yang dikongsikan oleh penghantar makanan tersebut.

“Dia buat Vincent Tan tu macam member sekolah lama,” ujar seorang lelaki.

Ada juga yang telah mengingatkannya untuk membayar semula RM100 yang dipinjam itu.

“Uncle ni bukan setakat RM100, kau nak pinjam seribu pun boleh bang,” kata seorang netizen.

Sementara itu, ada juga netizen yang mendakwa bahawa air yang lupa dibayar oleh Emy itu adalah daripada kedai minuman milik Vincent.

“Kedai tu uncle punya, Tan Sri Vincent tan,” jelas seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@emy_chachacha)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Berani Lu Bro” – Tular Rider Rela Redah Banjir Demi Nak Hantar Makanan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rider Nak Bantu Nenek Balik Rumah, Tapi ‘Aunty’ Lupa Alamat Pula. Alamak!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd