Now Reading
[Video] Rider Nak Bantu Nenek Balik Rumah, Tapi ‘Aunty’ Lupa Alamat Pula. Alamak!

[Video] Rider Nak Bantu Nenek Balik Rumah, Tapi ‘Aunty’ Lupa Alamat Pula. Alamak!

Disebabkan sesat mencari rumah aunty tersebut, rider ini terus menghantarnya ke balai polis terdekat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selain bantu dari segi pembelian makanan secara online, rider ini banyak berjasa kepada rakyat Malaysia. Contohnya mereka pernah beri makanan kepada kucing dan membantu warga emas melintas jalan.

Bukan itu sahaja, mereka juga pernah bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang melanda warga Selangor pada bulan Disember tahun lalu.

BACA JUGA: [Video] Tindakan 2 Rider Bantu Warga Emas Lintas Jalan Terima Pujian Netizen

Rider tolong warga emas sesat jalan nak balik rumah

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh seorang rider di akaun TikTok miliknya (khuzaimie_lemat1.0), lelaki ini menceritakan pengalamannya ketika ditahan oleh warga emas berbangsa Cina yang dilihat berjalan seorang diri di tepi jalan.

Wanita tua disebut sebagai ‘auntie’ meminta pertolongan untuk menghantarnya pulang ke rumah sewaktu rider ini baru sahaja memulakan pekerjaan sebagai penghantar makanan di kawasan perumahan sekitar Puchong, Selangor pada hari berkenaan.

Tetapi niatnya untuk membantu menjadi rumit apabila wanita tersebut lupa alamat rumahnya. Bila ditanya, dia cuma ingat nombor rumah sahaja.

Katanya nak dekat setengah jam juga mereka berdua pusing-pusing sekitar Puchong untuk mencari rumah auntie itu tetapi masih tak jumpa. Akhirnya, rider ini membuat keputusan untuk menghantarnya ke balai polis.

@khuzaimie_lemat1.0

Sesiapa jika jumpa Auntie ni lagi berlegar-legar kau orang boleh terus hantar ke balai polis je sebab memang dah kerap belaku gini #fyp #foryoupage #fypシ

♬ bunyi asal – CEO OF FOODPANDA – CEO OF FOODPANDA

Polis berjaya hubungi waris keluarga warga emas itu

Pihak polis mengesan identiti warga emas tersebut yang sudah nyanyuk dan berjaya menghubungi waris keluarganya untuk hadir di balai polis dan membawanya pulang ke rumah.

Sebelum kembali meneruskan kerja, penghantar makanan ini sempat memberi nasihat kepada auntie berkenaan untuk duduk di rumah sahaja.

Ahli keluarga auntie itu pun mengucapkan terima kasih kerana membantu mereka dan memohon maaf terpaksa mencuri waktu ketika diasedang bekerja sebagai penghantar makanan.

@khuzaimie_lemat1.0

Membalas kepada @nizfatenh Alhamdulillah pihak polis dah call waris dia untuk pickup auntie ni dekat balai tadi #fypシ #foryoupage #fyp

♬ bunyi asal – CEO OF FOODPANDA – CEO OF FOODPANDA

Orang ramai terharu dengan niat baik rider ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan rider ini yang sanggup menggunakan waktu pekerjaannya bagi membantu warga emas berkenaan.

Pada masa sama, orang ramai turut mendoakan agar rider berkenaan dipermudahkan urusan serta dimurahkan rezeki.

Tak kiralah apa bangsa atau kaum sekalipun, kita kena saling prihatin dan bantu antara satu sama lain. Mana tahu waktu kita dalam kesusahan, Tuhan akan permudahkan urusan kita berjumpa dengan orang yang baik-baik juga?

BACA JUGA: Rider Terharu Pelanggan Ajak Berbuka Puasa Sekali Di Rumah. Siap Sedekah Duit Lagi!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd