Now Reading
[Video] Tindakan 2 Rider Bantu Warga Emas Lintas Jalan Terima Pujian Netizen

[Video] Tindakan 2 Rider Bantu Warga Emas Lintas Jalan Terima Pujian Netizen

Rider foodpanda serta GrabFood jadi pengiring di kiri dan kanan warga emas itu untuk memastikan dia melintas jalan dengan selamat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setiap kali rakyat Malaysia menghadapi masalah, pasti akan ada abang rider yang datang menyelamat pada hari itu.

Sebelum ini, mereka pernah bersama-sama memberi bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas di Hulu Langat pada bulan Disember tahun lalu.

Ada juga yang katanya sanggup datang dari Sunway semata-mata ingin turut serta beri bantuan kepada mangsa banjir. Tabiklah!

BACA JUGA: [Video] Netizen Bangga Geng ‘Rider’ Hulur Bantuan Mangsa Banjir Di Hulu Langat

Walaupun mereka perlu mengejar masa untuk menghantar pesanan makanan pelanggan, tetapi geng rider ini tetap memberi sedikit masa untuk membantu masyarakat.

Rider iring warga emas lintas jalan

Baru-baru ini, nilai kemanusiaan abang rider terserlah sekali lagi apabila dua orang penghantar makanan dilihat memperlahankan motor mereka untuk membantu seorang warga emas yang sedang melintas jalan.

Pada ketika itu, warga emas itu dilihat berjalan agak perlahan.

Melihat keadaan warga emas itu, dua orang penghantar makanan foodpanda dan GrabFood menjadi pengiring di bahagian kiri dan kanan wanita tersebut untuk memastikan dia dapat melintas dengan selamat.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @nurilfarhanahibrahim itu mendapat perhatian ramai sehingga meraih 125,200 jumlah tontonan ketika artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@nurilfarhanahibrahim/video/7054398860621270299?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Tindakan rider terima pujian dan doa netizen

Di ruangan komen, kebanyakan netizen memuji kebaikan yang ditunjukkan oleh kedua-dua orang penghantar makanan itu.

Ramai juga yang mendoakan supaya urusan mereka dipermudahkan dan dimurahkan rezeki pada masa akan datang.

Abang rider dan kebaikan mereka memang tidak dapat dipisahkan. Suka bila tengok kita saling bantu-membantu antara masyarakat.

Tak semestinya kena jadi rider baru boleh tolong macam mereka.

Kalau anda ternampak mana-mana warga emas atau orang kurang upaya yang memerlukan bantuan ketika melintas jalan, apa salahnya kalau kita tolong kan?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd