[Video] Netizen Bangga Geng ‘Rider’ Hulur Bantuan Mangsa Banjir Di Hulu Langat
Ada juga yang sanggup datang dari Sunway ke Hulu Langat semata-mata nak ikut bagi bantuan kepada mangsa banjir.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Setiap kali rakyat Malaysia menghadapi masalah, pasti akan ada abang rider yang datang menyelamat pada hari itu.
Baru-baru ini, ramai rider yang datang ke Hulu Langat bagi membantu mangsa yang terjejas akibat banjir di kawasan itu.
Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter Asrul Muzaffar yang memberitahu bahawa kawasan tertentu di daerah ini tidak dapat dilalui menggunakan kenderaan jenis 4×4.
Nasib baik ada geng rider yang datang tepat pada masanya untuk membantu.
Amazing. Just amazing pic.twitter.com/wq4X7BUmLo
— Asrul Muzaffar🇲🇾 (@asrulmm) December 22, 2021
Sementara itu, seorang lagi pengguna @wahidahu55ain memaklumkan ada di antara penunggang motor yang sanggup datang jauh dari Sunway ke Hulu Langat semata-mata ingin menghulurkan bantuan.

Abang ‘rider’ selalu datang membantu
Walaupun banyak kawasan di sekitar Lembah Klang telah musnah akibat banjir, namun itu tidak mematahkan semangat rider yang lain.
Beberapa video telah tular sebelum ini apabila mereka cuba membantu rakyat Malaysia seperti satu klip yang menunjukkan seorang penunggang Foodpanda menjadi pegawai polis buat sementara waktu dan mengawal lalu lintas ketika hujan lebat.
Foodpanda mmg semua kerja dia nak buat bai 😭 kudos to you brader pic.twitter.com/KAddKFmReA
— Payed (@fareezhilmi_) December 18, 2021
Netizen bangga dengan abang rider
Rakyat Malaysia berbangga dan berterima kasih kepada rider yang telah berusaha sedaya upaya untuk membantu.

Salah seorang netizen juga memberi komen bahawa kita seharusnya memberi lebih banyak ‘tip’ kepada rider ini atas perkhidmatan mereka serta sebagai tanda terima kasih atas jasa kepada negara.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.