Now Reading
[Video] “Attitude Hauk” – Sampah Merata Tempat Di Konsert Coldplay Bikin Orang Ramai Kecewa

[Video] “Attitude Hauk” – Sampah Merata Tempat Di Konsert Coldplay Bikin Orang Ramai Kecewa

Para pengunjung yang sedang beratur untuk memasuki Stadium Bukit Jalil dilihat tidak mempedulikan sampah sarap berlonggokan di jalan raya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum tentang konsert oleh kumpulan rock British, Coldplay iaitu Music Of The Spheres World Tour yang berlangsung pada malam semalam (22 November).

Menerusi hantaran para peminat di platform media sosial, konsert tersebut dilihat amat meriah sekali walaupun dalam cuaca hujan pada awal persembahan.

Walaupun tiada sebarang kekecohan dilaporkan berlaku oleh mana-mana pihak, namun sikap segelintir pengunjung di konsert telah menimbulkan kemarahan dan kekecewaan sesetengah netizen.


Sampah Sarap Berlonggokan Di Sekitar Stadium Bukit Jalil

Semalam (22 November), satu hantaran di laman X (Twitter @kaypohmedia) telah tular menunjukkan sampah sarap yang berlonggokkan di sekitar Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Menerusi klip video dikongsi, para pengunjung konsert yang beratur untuk memasuki stadium dilihat tidak mempedulikan sampah sarap berselerak di depan mata.

Sampah sarap itu merupakan sisa-sisa makanan dipercayai milik para peminat yang sedang menunggu giliran untuk memasuki pintu utama ke konsert yang dibuka jam 5 petang.


Netizen Kecewa Lihat Sikap Pengunjung Yang Tidak Bertanggungjawab

Menjengah ke ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata warganet dilihat kecewa dengan sikap segelintir penonton konsert Coldplay yang tidak mengendahkan sampah sarap yang kotor di merata tempat.

Ada netizen berpendapat bahawa sikap para peminat tidak membuang sampah ke dalam tong sampah telah bercanggah dengan prinsip kumpulan Coldplay yang mementingkan kebersihan alam sekitar.

“Malunya, korang janganlah pengotor sangat. Coldplay literally advocates eco-friendly dan korang buat ni?” tanya seorang netizen.

Untuk info, Coldplay sebelum ini pernah memberi tajaan RM3,200 000 juta untuk sebuah mesin memerangkap sampah sungai ‘Interceptor 005’ di Sungai Klang, Kuala Lumpur pada tahun 2022.

Sementara itu, seorang netizen berkata bahawa tong sampah yang disediakan oleh penganjur di konsert itu tidak mencukupi sehingga menyebabkan rata-rata daripadanya penuh.

“Ada tong sampah di situ dan ianya penuh. Di mana anda jangkakan mereka (pengunjung) buang sampah? Mungkin boleh sediakan tong sampah yang banyak dan lebih besar?” jelas seorang lelaki.

Selain itu, seorang pengguna laman X berkata bahawa para pengunjung mampu membayar harga tiket yang mahal untuk konsert berkenaan tetapi mempunyai pemikiran yang ‘low class’.

“Pengotornya. Kamu semua boleh bayar RM1,200 per tiket tetapi tiada common sense untuk kutip sampah sendiri,” ujar seorang individu.

Sumber: X (@kaypohmedia)

Coldplay Hargai Sokongan Peminat Di Malaysia

Menerusi perkongsian di Instagram Story (@coldplay), kumpulan tersebut berkata bahawa mereka menghargai sambutan hangat para peminat yang hadir ke konsert.

Vokalis Coldplay, Chris Martin dalam masa sama telah berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan kumpulan itu untuk mengadakan konsert buat kali pertamanya di Malaysia.

“Kami berterima kasih atas sambutan hangat (dan basah), tidak sabar untuk menjayakannya. Terima kasih menerima kami di Malaysia.

“That was epic,” kata Coldplay.

Sumber: Instagram (@coldplay)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Coldplay ‘Mandi’ Sepanjang Konsert, Sempat Cipta Lagu Khas Tentang Hujan Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Chris Martin Terjebak Tagline ‘Pinjam 100’, Penonton Konsert Coldplay Di Jakarta Berdekah!

Baca Artikel Berkaitan: Chris Martin Berkaki Ayam Ketika Jalan Di Jakarta, Gelarnya Sebagai ‘Epic Walk’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd