Now Reading
“Tak Serik” – Penjaja Jagung Bakar Kembali Beroperasi Depan KLCC Walau Pernah Disita

“Tak Serik” – Penjaja Jagung Bakar Kembali Beroperasi Depan KLCC Walau Pernah Disita

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata penjaja jagung bakar masih berdegil untuk berniaga di hadapan pusat beli-belah Suria KLCC walaupun pernah disita oleh pihak mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, banyak pula penjaja yang memulakan operasi perniagaan di tempat terbuka tanpa sebarang lesen sah dari pihak berkuasa.

Oleh disebabkan itu, ia telah mengundang kemudaratan khususnya kepada orang awam di mana sampah sarap dilihat bersepah selain kawasan parkir yang dipenuhi gerai penjaja.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dakwa Diganggu & Dihalau ‘Peniaga Samseng’ Ketika Mahu Mulakan Bisnes Di Tasik Titiwangsa

Malah, ada juga di kalangan penjaja yang masih ‘berkeras kepala’ walaupun tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka.


Penjaja Masih Operasi Walaupun Sudah Kena Sita Oleh DBKL

Seperti baru-baru ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi ciapan di laman X (Twitter @DKL2u) mendedahkan penjaja warga asing yang masih beroperasi di hadapan pusat beli-belah Suria KLCC iaitu di Jalan Ampang.

Walaupun pernah disita sebelum ini, penjaja berkenaan masih berdegil untuk meneruskan perniagaan menjual jagung bakar di sekitar bandar yang sibuk itu.

“Mereka (penjaja) ini tidak serik walaupun tindakan telah diambil. Kebanyakannya menjalankan perniagaan menjual jagung bakar dan air tin minuman,” kata pihak DBKL.

Mengulas lanjut, DBKL menegaskan bahawa pihaknya akan melakukan kawalan dan pemantauan secara berkala di lokasi kawasan tumpuan termasuklah menyita premis yang tidak mempunyai lesen sah.

Sumber: X (@DKL2u)

Peniaga Jagung Bakar Didakwa Timbulkan Kekacauan

Terdahulu, dua orang peniaga jagung bakar di lokasi sama telah menimbulkan ‘kekacauan’ di mana terdapat asap dan sampah sarap merata tempat.

Susulan isu tersebut, netizen meminta pihak DBKL untuk sentiasa cakna tentang situasi yang berlaku di sekitar kawasan berkenaan dan mengambil tindakan terhadap peniaga terlibat.

“DBKL kena buat rondaan setiap malam. Takkan nak kena tunggu orang mengadu baru nak buat kerja,” kata netizen.

Baca Artikel Berkaitan: “Ingat Pasar Lambak Ke?” – Netizen Berang Penjaja Tanpa Lesen Niaga Depan KLCC

Sumber: X (@DKL2u)

Reaksi Netizen Terhadap Kelakuan Penjaja Yang Masih Degil

Menjengah ke ruangan balas, seorang netizen memberi saranan untuk menempatkan penguat kuasa di kawasan berkenaan agar penjaja yang terlibat tidak lagi berani untuk melakukan operasi perniagaan secara haram.

“Memang dah patut setiap hari letak penguat kuasa dekat situ. Lama-lama mereka (penjaja) akan jemu. Asal nak meniaga saja, barang kena sita,” kata seorang lelaki.

Sumber: X

Malah, ada juga warganet yang bersetuju bahawa penjaja tersebut tersebut sememangnya ‘degil’ kerana sudah banyak kali dilihat menjaja di kawasan sama walaupun telah diberi amaran.

“Memang mereka ni degil, boleh dikatakan setiap hari aku nampak di Avenue K dan kawasan KLCC. Kena panggil imigresen dah ni, tangkap hantar balik. Kalau tak, memang naik kepala lawan penguat kuasa. Selepas ini, DBKL kena bawa imigresen turun sekali tangkap mereka ni,” jelas seorang pengguna laman X.

Sumber: X

Dalam pada itu, ada juga dilihat mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa kerana mengambil langkah pantas bagi menangani masalah penjaja yang berniaga dengan harga yang mahal serta tanpa lesen.

“Tahniah! Teruskan kerja pembersihan. Sebagai warga tempatan, aku sakit mata tengok peniaga macam ni, dah la (produk) cekik darah dan tiada lesen. Kita perlukan papan tanda berwarna untuk berniaga,” ujar seorang individu.

Sumber: X

Bagi membendung masalah ini, setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Sekiranya terdapat premis perniagaan yang meragukan, orang awam boleh membuat aduan dan salurkan laporan menerusi portal ADU@KL.

Baca Artikel Berkaitan: DBKL Tutup Kedai Kunafa Viral Di Bukit Bintang Kerana Tiada Lesen Sah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd